Skandal Penderaan Kanak-kanak Blockchain: Money Button ingin Membina “Blockchain Yang Moral”
Money Button, aplikasi pembayaran khusus Bitcoin Cash SV yang baru-baru ini masuk berita kerana mengedarkan gambar penderaan kanak-kanak di lejar blockchain rangkaian itu telah bercakap tentang jenayah itu di blog yang diterbitkan pada 7 Februari 2019.
Pada 6 Februari, media melaporkan tentang kegiatan jenayah yang menyebabkan gambar penderaan kanak-kanan dimuat naik ke dalam blockchain BSV. Memandangkan ia dimuat naik ke dalam rangkaian lejar, ia mustahil untuk membuangnya tanpa membuat hard fork. Berita baik apabila kumpulan BSV berjaya membuat transaksi itu “hilang” dari penglihatan awam. Namun begitu, insiden itu telah menimbulkan kembali persoalan kos-vs-kebaikan, satu perdebatan yang biasa tentang teknologi blockchain.
Bercakap tentang isu itu dalam blognya, Money Button memberi maklum balas yang menyeluruh kepada pengkritik teknologi itu:
“Jenayah adalah salah satu sebab kenapa ia bernilai untuk kita jejak semua perkara di blockchain, dan kenapa visi asal Satoshi Nakamoto adalah hebat. Blockchain tidak membantu jenayah. Blockchain membuat jenaya lebih sukar dan menjadikan kehidupan manusia yang moral lebih baik.”
Firma itu menekankan kebaikan teknologi blockchain termasuk transaksi secara langsung, tanpa komisyen dan peer-to-peer yang direkod secara kekal dalam lejar rangkaian. Immutability blockchain memastikan bahawa tiada transaksi yang diubah selepas ianya berlaku, yang boleh menjadi halangan kepada penjenayah daripada melakukan penipuan, pemalsuan, pencurian dan aktiviti jenayah lain.
Pada masa yang sama, ciri DLT yang tidak boleh diubah memberi ruangan yang selamat untuk menyimpan maklumat tentang aset tidak ketara seperti paten, hak rekacipta, harta intelektual dan lain-lain. BTCManager menerbitkan dalam artikel tentang potensi harta intelektual yang berdasarkan blockchain yang boleh menambah baik model bisnes sebuah syarikat untuk mendapat untung.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!