Bitcoin Meningkat dan Pasaran Mencecah $120 Bilion, Adakah ini Petanda Trend Menaik?
Dalam langkah yang tidak dijangka, pasaran kripto telah membuat pergerakan yang nampak bullish. Sewaktu penulisan, pasaran merekod penambahan nilai lebih $9 bilion dengan kripto teratas mencapai antara penambahan nilai yang paling kurang signifikan dalam masa 24 jam yang lalu.
Sementara matawang kripto bertambah nilai lebih 10%, Bitcoin sewaktu penulisan hanya bertambah dalam 7%. Meskipun penambahan itu kecil, ketua kripto itu berjaya mencapai kedudukan $3,500, antara kedudukan psikologinya. Dengan matawang kripto itu mengatasi tahap rintangan utamanya, ia mungkin akan mencecah $4,000 dalam jangka masa pendek.
Antara kripto yang menambah nilai dengan banyak adalah Litecoin, yang telah mencecah 27% penambahan nilai daripada semalam. Diikuti dengan Cardano ADA, Ethereum ETH, Bitcoin Cash BCH dan Monero yang bertambah nilai lebih 10%. Adakah ini pemulihan pasaran yang ditunggu?
Ia masih menjadi tanda tanya sama ada Bitcoin akan mencecah $4,000 dan kekal di atasnya. Sejak awal pasaran kripto lagi, Bitcoin telah menentukan pergerakan pasaran. Apabila nilai Bitcoin meningkat, altcoin telah mengikutnya dan apabila ia turun, altcoin yang menjadi pengikut setia juga turut menurun.
Oleh itu, ujian sebenar bergantung kepada Bitcoin, dengan tahap $4,000 sebagai ujian utama matawang kripto itu. Walaupun ramai ingin percaya bahawa kenaikan kali ini akan berterusan walaupun tanpa Bitcoin, hakikatnya ia tidak akan berlaku. Di masa lalu kita sudah melihat matawang kritpo lain terjejas kerana harga Bitcoin yang jatuh, kehilangan berbilion dalam masa beberapa minit.
Sumber:
https://zycrypto.com/bitcoin-btc-rallies-as-market-crosses-120-billion-is-the-rally-on/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!