Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jerman: Enam Ditangkap Dalam Operasi Perlombongan Kripto Haram

 

Polis Jerman telah menangkap enam ahli kumpulan perlombongan yang menggunakan tenaga elektrik yang dicuri untuk melombong matawang kripto sejak 2017, seperti yang dilaporkan oleh Freie Presse pada 6 Februari 2019.

Operasi pelombongan kripto yang melibatkan lima lelaki dan seorang wanita itu bertempat di PGH Elektro, satu bekas syarikat perkhidmatan elektrik dan mempunyai 49 komputer individu. 30 daripada komputer itu mempunyai hardware perlombongan seperti GPU. 

Menurut polis yang menjumpai operasi itu, ladang perlombongan itu telah beroperasi sejak 2017 dan telah menggunakan tenaga elektrik yang dicuri bernilai $250,053, cukup untuk menguasakan 30 buah rumah. Jumlah matawang kripto yang dilombong tidak disebut dalam laporan tersebut.

Ini hanyalah satu daripada kes-kes yang melibatkan pencurian tenaga elektrik untuk melombong matawang kripto, walaupun mereka selalunya dapat ditangkap.

Untuk individu atay syarikat yang menjalankan perlombongan matawang kripto, kos tenaga elektrik adalah kos paling besar untuk dipertimbangkan. Untuk menjalankannya secara efektif, banyak firma yang memindahkan operasi mereka ke negara yang mempunyai kos elektrik yang rendah.

Namun begitu, banyak bandar yang melihat penambahan dalam perlombongan kripto telah melarang operasi itu dijalankan di sekitarnya. Pada tahun 2018, Norway mengumumkan ia tidak lagi memberi subsidi untuk kos tenaga elektrik bagi syarikat perlombongan.

Sumber:

https://btcmanager.com/germany-six-arrested-in-illegal-crypto-mining-operation/?q=/germany-six-arrested-in-illegal-crypto-mining-operation/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads