Default – Above Header Ads

Perdagangan Bitcoin Futures di CBOE dan CME telah Jatuh Teruk sejak Julai 2018

 

Penyelidikan terkini oleh TradeBlock ke atas jumlah perdagangan Bitcoin futures di Amerika Syarikat menunjukkan Bahawa jumlah perdangan bulanan Cboe Global Markets dan CME Group telah jatuh secara signifikan sejak Julai 2018.

TradeBlock, butik penyelidikan yang fokus pada blockchain beroperasi di New York mempunyai pelabur termasuk Andressen Horowitz, Y Combinator dan Digital Currency Group (DCG). Dalam laporan penyelidikannya yang terbaru, yang melihat kepada dua bursa pertukaran kripto Besar yang melancarkan Bitcoin futures pada Disember 2017, Cboe dan CME, ia berkata jumlah perdagangan telah jatuh “sejak mencapai tahap tertinggi pada awal tahun 2018” dan “jumlah perdagangan bitcoin futures di Cboe dan CME hampir mencapai persamaan dengan jumlah perdagangan bitcoin spot di lima bursa pertukaran kripto di seluruh Amerika Syarikat.

Cboe melancarkan perdagangan Bitcoin futures pada 10 Disember 2017 diikuti CME sehari kemudian.

Seperti dalam gambar di atas, jumlah perdagangan Cboe lebih sedikit dari CME; tetapi di tahun 2018, “Cboe hilang bahagian pasaran yang signifikan kepada CME”.

Carta di bawah menunjukkan “jumlah perdagangan Bitcoin spot di bursa pertukaran kripto popular di Amerika Syarikat seperti Coinbase, yang menunjukkan penurunan yang signifikan sejak mencapa tahap tertinggi di Disember 2017/Januari 2018.”

Ini sejajar dengan pergerakan harga Bitcoin yang mula jatuh pada awal tahun 2018 dan berterusan jatuh.

Melihat kepada carta di bawah, laporan penyelidikan TradeBlock juga menyatakan bahawa “jumlah perdagangan kontrak bitcoin futures tertinggi adalah pada bulan Julai dan Ogos sebelum mula jatuh selepas itu.” Dan kenaikan di November diterangkan dengan “ketidakstabilan yang bertambah dalam aset berikutan harga turun tiba-tiba dalam bulan itu.”

Degan Bakkt, ErisX dan CoinFLEX yang bakal melancarkan produk Bitcoin futures dalam beberapa bulan akan datang, sangat menarik untuk melihat (1) bagaimana impaknya kepada jumlah perdagangan di Cboe dan CME dan (2) sama ada ketiga-tiga bursa pertukaran ini akan berjaya mengubah trend penurunan jumlah perdagangan Bitcoin futures yang dilihat dalam pertengahan tahun kedua 2018.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/bitcoin-futures-trading-volume-on-cboe-and-cme-has-fallen-heavily-since-july-2018/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads