ICO yang Disokong Floyd Mayweather Membalas kepada Saman: Pelabur Tiada Hak Pemilikan
Maklum balas kepada saman yang baru difailkan, Moshe Hogeg, usahawan matawang kripto berbangsa Israel berkata syarikatnya tiada kewajipan untuk menggunakan dana pelabur seperti yang didakwa dalam whitepaper, dan bahawa “pelabur tidak mempunyai hak pemilikan dalam syarikat matawang kripto yang dilabur.”
Menurut The Times of Israel, Hogeg, yang baru-baru ini disaman oleh pelabur China Zhewen Hu untuk $4.6 juta kerana menyalahgunakan dana, membela dirinya dengan berkata whitepaper syarikatnya dan laman web adalah “bercirikan penjelasan Sahaja dan tidak mengikat.”
Peguamnya mengatakan whitepaper itu “tidak membentuk prospektus atau dokumen penawaran,” memisahkannya dengan prospektus yang dikeluarkan kepada pelabur sebelum ICO. Ini bermakna whitepaper tidak memberi tanggungjawab undang-undang kepada pegeluarnya.
Syarikat Hogeg, STX Technologie Limited (STX) adalah pasaran ramalan berdasarkan blockchain yang pada suatu masa dahulu diiktiraf oleh lagenda tinju Floyd Mayweather, yang kemudiannya didakwa oleh SEC Amerika Syarikat kerana tidak mendedahkan dia dibayar untuk mempromosi Stox dan dua ICO lain.
Pelabur China itu menyaman Stox kerana ia mendakwa bahawa jika ia berjaya mengutip $30 juta dalam Ether, ia akan melabur semua dana itu untuk membangun platform dan menambah nilai token mereka di pasaran.
ICO syarikat itu dilaporkan mengutip $34 juta pada Ogos 2017. Menurut plaintif, Hogeg hanya melabur $5 juta daripada jumlah itu untuk Stox. Tambahan lagi, dia mendakwa usahawan itu telah menjual tokennya sebelum tarikh yang telah ditetapkan, yang menurunkan nilai token untuk pelabur.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!