Default – Above Header Ads

Venezuela Mengenakan Had ke atas Pengiriman Kripto, Rakyatnya Tidak Puas Hati

 

Kerajaan Venezuela telah dilaporkan memulakan kawal selia pengiriman menggunakan matawang kripto.

Penguatkuasa Venezuela mengenakan had bulanan ke atas pengiriman kripto dan akan mengenakan caj sehingga 15% dalam komisyen ke atas keseluruhan nilai transaksi. Ini, menurut National Superintendency of Crypto Assets and Related Activities (Sunacrip), badan penguatkuasa utama untuk aset digital di Venezuela.

Seperti yang dinyatakan dalam dekri yang menguatkuasakan peraturan kripto baru (diterbitkan dalam Gazet Rasmi Venezuela No. 41.581):

“Keperluan dan prosedur untuk menghantar dan menerima pengiriman aset kripto kepada rakyat di wilayah Republik Bolivaria Venezuela [adalah seperti berikut:] Penghantar pengiriman yang dirujuk dalam arahan ini diwajibkan untuk membayar komisyen kewangan kepada Sunacrip sehingga jumlah maksima 15% dikira berdasarkan jumlah keseluruhan pengiriman.”

Seperti yang dilaporkan media tempatan CriptoNoticias, komisyen minima yang akan dikenakan setiap (pengiriman kripto) transaksi telah ditetapkan pada 0.25 Euro ($0.28). Tambahan lagi, Sunacrip berperanan untuk menetapkan nilai matawang kripto dalam matawang fiat negara itu (bolivar). Sunacrip juga perlu menetapkan tariff, menubuhkan had yang lain ke atas pengiriman kripto (jika perlu), dan meminta maklumat tambahan (untuk tujuan pengesahan) dari penghantar dan penerima pengiriman itu.

Had bulanan untuk mengirim kripto adalah 10 petros (PTR), matawang kripto nasional yang kontroversial. Nicolas Maduro, presiden Venezuela mendakwa petro disandarkan kepada sumber minyak negara itu, berlian, emas dan sumber asli yang lain.

Beberapa orang di media sosial telah mengkritik keputusan kerajaan Venezuela untuk mengawal selia aset kripto. Satu rakyat Venezuela mengatakan had ke atas pengiriman kripto adalah perkara paling tidak masuk akal yang pernah didengari.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/venezuela-imposes-limits-on-crypto-remittance-payments-residents-call-it-absurd/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads