IBM Blockchain Membantu Pilot Air Bawah Tanah di California
IBM dan dua organisasi lain akan mengahwinkan blockchain dan IoT untuk membantu mengurus penggunaan air bawah tanah di akuifer California yang berisiko tinggi.
Bertujuan untuk menambah baik penggunaan mampan sumber utama air, IBM mengumumkan Jumaat lalu bahawa Sacramento San Joaquin River Delta California akan dijejak melalui usahasama antara Freshwater Trust, organisasi non-profit Amerika Syarikat yang bekerja untuk memelihara dan memulihkan ekosistem air tawar, dan SweetSense, pembekal sensor Internet of Things (IoT) untuk pembangunan sektor.
Sacramento-San Joaquin River Delta meliputi 1,100 batu persegi dan membekal air kepada kawasan San Fransisco Bay dan pantai dan Selatan California.
Projek itu dibiaya oleh Pertubuhan Air dan Pertubuhan Gordon dan Betty Moore, dan juga akan menerima sokongan penyelidikan dari Universiti Colorado Boulder, menurut IBM.
Untuk usaha itu, sensor IoT akan menghantar data pengestrakan air ke satelit, yang kemudiannya akan direkod di platform IBM Blockchain di IBM Cloud. Ia juga mennggunakan smart contract untuk melaksanakan transaksi secara otomatik apabil syarat dipenuhi.
SweetSense telahpun memantau bekalan air bawah tanah untuk lebih sejuta orang di Kenya dan Ethiopia melalui sensor IoT dan akan memantau sistem yang sama di California, menurut CEO Evan Thomas.
IBM menambah bahawa projek pilot itu datang sebagai hasil Akta Pengurusan Mampan Air Bawah Tanah (SGMA), yang dikuatkuasakan pada tahun 2014. Akta itu mewajibkab penubuhan agensi dan kumpulan untuk memastikan terdapat pelan untuk menjadikan penggunaan air bawah tanah lebih mampan.
Sumber:
https://www.coindesk.com/ibm-blockchain-assists-groundwater-pilot-in-drought-prone-california
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!