Dana Pencen Awam AS Menjadi Pelabur Pertama dalam Dana Kripto Bernilai $40 juta
Beberapa dana pencen awam menyokong dana VC bernilai $40 juta yang ditubuhkan oleh Morgan Creek Digital tertumpu kepada pelaburan matawang kripto. Perkembangan ini menandakan penglibatan pertama oleh dana pencen AS dalam ruangan pelaburan matawang digital.
Morgan Creek Digital mengumumkan pada 12 Februari pelancaran dana VC matawang kripto bernilai $40 juta yang dipegang oleh dua dana pencen awam.
Menurut pengumuman itu, Fairfax County Employee’s dan Fairfax County Police Pension Plans adalah dua pelabur terbesar dalam dana itu.
Kedua-dua dana pencen itu mengurus portfolio aset bernilai lebih $1.2 bilion. Mereka juga adalah dana pencen awam pertama yang melabur dalam matawang kripto, satu pencapaian baru buat industri itu.
Bercakap dengan Bloomberg, pengasas Morgan Creek Digital, Anthony Pompliano berkata bahawa dana itu akan melabur dalam startup blockchain dan matawang kripto. Dana itu telahpun melabur dalam syarikat seperti Bakkt dan Coinbase.
Buat masa ini, masih belum terdapat pendedahan awam tentang terma pelaburan, tetapi Pompliano menyatakan bahawa dana itu adalah special purpose vehicle (SPV). Laporan juga menyatakan bahawa selain daripada pelaburan dana syarikat berdasarkan kripto, dana itu juga akan mengekalkan nilainya dalam matawang kripto seperti Bitcoin.
Sumber:
https://bitcoinist.com/pension-funds-cryptocurrency-morgan-creek/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!