Default – Above Header Ads

Nasdaq akan Menambah Indeks Bitcoin dan Ethereum ke Perkhidmatan Data Global

 

Operator pertukaran saham Nasdaq akan menambah indeks untuk bitcoin dan ethereum ke dalam perkhidmatan data global di penghujung bulan ini.

Syarikat itu mengumumkan pada 11 Februari bahawa ia telah bekerjasama dengan firma data blockchain dan penyelidikan Brave New Coin yang beroperasi di New Zealand untuk menawarkan maklumat tentang kedua-dua indeks baru bermula 25 Februari.

Indeks Kecairan Bitcoin (BLX) dan Indeks Kecairan Ethereum (ELX) akan menawarkan maklumat “real-time” tentang Nasdaq Global Index Dara ServiceSM (GIDS), sumber data yang disatukan, menurut Nasdaq.

Khususnya, indeks BLX dan ELX akan menawarkan “kadar rujukan atau spot masa sebenar” untuk harga 1 Bitcoin dan 1 Ethereum, dalam USD, dan “berdasarkan kecairan paling baik dalam pasaran.” Data itu akan dikemaskini pada frekuensi 30 saat.

Nasdaq berkata kedua-dua indeks dikira menggunakan metodologi yang telah diaudit sejajar dengan prinsip International Organisation of Securities Commissions (IOSCO).

“BLX adalah salah satu rujukan indeks BTC yang digunakan secara meluas dan telah dikira sejak 2010. Sama seperti ELX yang dikira pada tahun 2014,”tambah operator itu.

Nasdaq sangat aktif dalam ruangan kripto dan blockchain, termasuk pelabur dalam industri startup. Bulan yang lalu, syarikat itu mengetuai pusingan dana sebanyak $20 juta untuk startup blockchain Symbiont.

Sumber:

https://www.coindesk.com/nasdaq-to-add-bitcoin-and-ethereum-indices-to-global-data-service

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.