Bekas Eksekutif JPMorgan Menjadi CEO Baru Platform Perdagangan Komoditi Blockchain Vakt
Bekas eksekutif JPMorgan Chase Etienne Amic telah dilantik sebagai CEO baru di Vakt, platform perdagangan komoditi berdasarkan blockchain, menurut sidang media yang dikongsi dengan Cointelegraph pada 13 Februari.
Etienne telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di JPMorgan Chase dan Mercuria Energy Trading S.A., dan beliau dijangka akan membawa pengalaman perdagangan komoditi secara langsung ke platform Vakt, yang direka bentuk untuk mendigital perdagangan komoditi fizikal dengan mengurangkan kertas kerja.
CEO Vakt yang baru itu juga adalah pengasas dan pengerusi Vortexa, firma kargo dan analitik yang mengkhususkan minyak mentah global dan pasaran produk tapisan, dan sebagai pengasas bersama di CommodiTech Ventures, pembiaya teknologi komoditi dan model perniagaan inovatif.
Dalam sidang media itu, Amic berkata dia percaya teknologi akan mengubah asas pasaran komoditi fizikal.
Bercakap tentang pelbagai peserta dalam proses perdagangan komoditi seperti operator, penyelesai fizikal, pembekal perkhidmatan dan syarikat pemeriksaan, Amic menekankan bahawa platform Vakt bertujuan untuk membawa semua peserta ke dalam satu platform.
Vakt yang beroperasi di United Kingdom – yang dilancarkan pada November 2018 dengan kerjasama syarikat minyak besar BP, Shell dan Equinor – menawarkan platform pemprosesan perdagangan untuk apa sahaja komoditi yang boleh didagangkan, termasuk tenaga. Syarikat itu melancarkan alat pemproses berdasarkan blockchain yang pertama mensasarkan sektor industri minyak mentah berdasarkan teknologi blockchain JPMorgan, Quorum, paad penghujung November.
Pelabur asal dan pengguna pertama syarikat itu termasuk bank ABN Amro, ING dan Société Générale, dan juga pedagang bebas Gunvor, Koch Supply & Trading, dan Mercuria, menurut sidang media.
Pada bulan Januari, platform Vakt disertai oleh syarikat gergasi tenaga AS Chevron dan juga syarikat O&G Perancis, Total dan syarikat penapis besar India, Reliance Industries.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!