Default – Above Header Ads

Dana Kripto Berkata ‘Generalized Mining’ Adalah Cara Baru Untuk Melabur

 

Satu segmen dalam dunia blockchain yang semakin popular adalah “generalized mining”, idea bahawa web desentralisasi menjemput pengguna untuk menyumbang sumber untuk menjalankan perkhidmatan yang berbeza – sambil memperoleh pendapatan. Dalam konteks komuniti pelaburan, ini bermakna berinteraksi dengan rangkaian yang dilabur.

Dana terbaru yang terlibat secara langsung dalam pelaburan mereka adalah CoinFund dan Placeholder, dan kerjasama baru mereka. Kerjasama ini datang dengan pelancaran Grassfed Network, satu inisiatif untuk menunjukkan komitmen CoinFund untuk membantu projek portfolionya mencapai network effects.

“CoinFund dan Placeholder sudah bercakap sebelum ini tentang penggunaan generalized mining sebagai strategi untuk dana kripto terlibat secara langsung dalam rangkaian dan mendapat pulangan,”menurut CoinFund.”Perkhidmatan ini termasuk pemprosesan transaksi, staking, Perisian atau Merkle Mining, pengurusan kandungan, pembuat pasaran, pentadbiran aktif dan banyak lagi.”

Pelabur mula bercakap tentang perspektif ini di media sosial, dan banyak perbualan kembali ke bebenang Twitter yang dikongsi oleh pengasas CoinFund Jake Brukhman pada bulan Oktober, di mana dia menyimpulkan:

“Bukan sahaja #GeneralizedMining membolehkan pelabur menambah nilai yang boleh diukur ke dalam rangkaian portfolio melalui bootstrapping, pembekalan kecairan, dan operational loss-leading: pelabur kripto juga adalah profil yang mempunyai posisi terbail untuk penglibatan awal dalam rangkaian.”

Protokol baru memerlukan pengguna, dan Grassfed bermatlamat untuk menggunakan dinamik itu. CoinFund telahpun memberi sokongan kepada rangkaian lain seperti Livepeer, Steemit, Compound dan lain-lain.

Sumber:

https://www.coindesk.com/these-cryptofunds-say-generalized-mining-is-the-new-way-to-invest

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads