CEO Ripple Brad Garlinghouse Berkata XRP Akan Mengalahkan Mana-mana Kripto yang Bersandarkan Bank
Pada 14 Februari, JPMorgan Chase menjadi bank AS terbesar yang mengumumkan ia akan mengeluarkan matawang kripto. Tetapi ia bukanlah yang pertama.
Pada tahun 2016, empat bank terbesar dunia mendedahkan perancangan untuk melancarkan Utility Settlement Coin (USC), aset digital yang direka bentuk untuk menyelaraskan transaksi merentasi sempadan, meningkatkan kelajuan dan merendahkan yuran transaksi. UBS memperkenalkan idea bersama-sama Deutsche Bank, Santander, dan BNY Mellon.
Tambahan lagi, NEX, Barclays, CIBC, Credit Suisse, HSBC, MUFG dan State Street juga kini terlibat. Fasa ujian telah dijadualkan untuk dilancarkan tahun yang lalu, tetapi hanya sedikit sahaja maklumat tentang pembangunan coin itu yang didedahkan sejak pertengahan tahun 2018.
Menurut CEO Ripple, Brad Garlinghouse, aset digital yang bersandarkan bank adalah tidak realistik dan penyelesaian yang tidak sesuai untuk industri itu. Apabila pengumuman tentang Utility Settlement Coin dikeluarkan, CEO Ripple itu menulis satu op-ed yang bertajuk “Kes Bertentangan BankCoin”, meliputi mengapa dia percaya matawang kripto bersandarkan bank akan gagal.
“Aset digital yang bersandarkan bank hanya boleh secara efisyen diselesaikan antara bank-bank yang mengeluarkannya. Jadi, dua senario akan berlaku. Senario satu: semua bank di dunia akan mengetepikan persaingan dan perbezaan geopolitik, menggunakan aset digital yang sama, bersetuju dengan peraturannya, dan mentadbir penggunaannya secara harmoni. Tidak mungkin. Senario dua (yang lebih realistik): bank yang bukan dalam kumpulan itu mengeluarkan aset digital mereka sendiri dengan peraturan dan pentadbiran mereka sendiri.
Kita sudah melihat perkara ini berlaku, seperti yang dikatakan oleh FT, dengan Citicoin Citibank dan SETLcoin Goldman Sach. Hasilnya adalah satu landskap matawang yang lebih berpecah belah dari apa yang kita ada pada hari ini. Jika bank dari kumpulan aset digital yang berbeza ingin menyelesaikan transaksi dengan satu sama lain, mereka perlu membuat pasaran antara aset digital khusus mereka atau membuat transaksi antara aset digital mereka dan matawang fiat. Sangat leceh!
Masalah besar kedua dengan ‘utility settlement coin’ adalah ia kononnya bersandarkan satu bakul matawang. Dan jika ia bersandarkan wang, ia bukan lagi aset; ia adalah liabiliti. Berdagang dengan liabiliti akan memerlukan pemindahan wang merentasi sempadan, mencipta kembali sistem hari ini tetapi dengan lebih geseran!”
Terbitan penuh CEO Ripple boleh dibaca di sini.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!