Pengguna Coinbase Kini Boleh Mengeluarkan BSV Fork Bitcoin Cash
Coinbase, bursa pertukaran kripto terbesar AS, kini membenarkan pengguna mengeluarkan Bitcoin Satoshi Vision (BSV) – matawang kripto yang dicipta dari hard fork Bitcoin Cash pada 15 November.
Pada hari itu, Bitcoin Cash dijadualkan untuk implementasi naik taraf blockchain, seperti yang diprogram setiap enam bulan, tetapi pertengkaran akhirnya menyebabkan pembangun dan pelombong menggunakan dua versi perisian yang tidak bersesuaian: Bitcoin Cash ABC (BCH) dan BSV, yang kini beroperasi sebagai dua matawang kripto yang berasingan dengan nilai sendiri.
Pengguna Coinbase yang memegang Bitcoin Cash dalam akaun mereka sewaktu fork itu diberi BSV dengan kadar 1:1, dan bursa petukaran itu memberitahu penggunanya hari ini, tiga bulan selepas fork itu, bahawa baki BSV mereka kini boleh diakses.
Memandangkan Coinbase tidak menyokong perdagangan BSV buat masa ini, Pengguna perlu eksport baki BSV mereka ke wallet luaran jika mereka mahu mendagangkan BSV.
Dalam emel, bursa pertukaran itu memberi panduan Bagaimana untuk melakukannya:
“Coinbase tidak menyokong pembelian atau penjualan BSV, jadi anda tidak boleh menjual BSV anda untuk matawang fiat di Coinbase. Anda boleh hantar baki BSV anda ke wallet luaran dengan mengikut panduan di sini.”
Pada 20 November, Coinbase mengumumkan bahawa Bitcoin Cash ABC akan mengekalkan tanda BCH dan kesesuaian dengan infrastruktur perdagangan Coinbase.
Pada waktu penulisan, BSV didagangkan di bursa pertukaran kripto dengan purata harga $62.58 sementara BCH bernilai hampir dua kali ganda pasa $120.23, menurut data harga dari CoinDesk.
Sumber:
https://www.coindesk.com/coinbase-users-can-now-withdraw-bitcoin-cash-fork-bsv
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!