Pengasas Bersama Blockstream Mencadangkan Mengurangkan Saiz Blok Bitcoin dari 1MB ke 300KB
Cadangan baru yang dikeluarkan oleh pengasas bersama Blockstream Luke DashJr telah menyebabkan kekecohan dalam komuniti pembangun Bitcoin. Pakar matawang kripto yang terkenal itu mencadangkan pengurangan saiz sementara blok Bitcoin kepada kurang dari separuh.
Cadangan itu boleh didapati di GitHub dan melihat untuk mengurangkan saiz blok Bitcoin dari 1MB ke 300KB. Soft fork itu akan memulakan implementasi itu di pertengahan tahun ini, khususnya dari 1 Ogos dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2019.
Keputusan itu nampak seperti tidak masuk akal, memandangkan pengurangan saiz akan melambatkan lagi blockchain itu dan menunjukkan kemungkinan memproses bilangan transaksi yang lebih kecil, yang menjadi hujah utama pengkritik seperti Roger Ver dan ahli komuniti Bitcoin Cash dan Bitcoin SV, yang memberi komen bahawa had 1MB tidak diperlukan dan akan menyekat skalabiliti rangkaian itu.
Walaupun begitu, sebab yang diberikan oleh LukeJr adalah cadangan itu akan melindungi Kepentingan pelombong, meningkatkan nod pengesahan dan membantu komunikasi antara nod:
2 MB/Block
= 12 MB/h
= 288 MB/day
= 105.12 GB/year
= 1.0512 TB/decade300 kB/Block
= 1.8 MB/h
= 43.2 MB/day
= 15.768 GB/year
= 0.15768 TB/decade(For those following @LukeDashjr's UASF plans)
— 6102 [₿-Only⚡✌️] (@6102bitcoin) February 11, 2019
2 MB is extreme. 300k is just simply reasonable at this point.
— Luke Dashjr (@LukeDashjr) February 13, 2019
Menurut analisa TrustNodes, pengurangan saiz blok boleh menambah baik komunikasi antara nod dan memperlahankan sedikit perkembangan jumlah dalam blockchain itu. Walaupun begitu, mereka menekankan bahawa penyelesaian ini tidak pasti (dan bukannya yang terbaik).
“Kerana rekod hanya akan bertambah, sistem dalam reka bentuk sedia ada tidak begitu mampan. Oleh itu, cadangan “tidak masuk akal” oleh Luke DashJr mungkin masuk akal, tetapi hanya tidak praktikal. Mengetepikann pertimbangan bagaimana ia akan menjejaskan Penggunaan rangkaian ini, pengurangan saiz blok akan mengurangkan perkembangan pada kadar 3 kali ganda.”
Masalah skalabiliti adalah isu utama yang dihadapi pembangun blockchain. Dalam kes Bitcoin, cara untuk menyelesaikan masalah ini telah menghasilkan Bitcoin Cash. Kemungkinan besar cadangan itu akan diterima adalah sangat tipis. Kebanyakan reaksi setakat ini adalah negatif. Walaupun pengaruh Luke DashJr dalam komuniti tu besar, hanya tiga orang yang memberi komen tentang projek itu, dan di media sosial, cadangan itu tidak berapa diterima oleh orang lain.
Sumber:
https://ethereumworldnews.com/blockstream-cofounder-proposes-to-reduce-bitcoin-btc-blocks-300kb/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!