Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Gergasi Telekom Korea Selatan KT dilaporkan Membangunkan Matawang Digital Tempatan

 

KT Corporation, syarikat telekomunikasi Korea Selatan, dilaporkan telah dipilih untuk membangunkan matawang digital yang akan digunakan di bandar Gimpo dalam negara itu, dalam ujian yang akan melihat sama ada ia boleh berkembang ke pentadbiran tempatan lain.

Menurut ZDNet Korea, matawang digital itu akan diperkenalkan pada bulan April tahun ini, selepas projek pilot dijalankan bulan depan. Matawang digital, yang dipanggil “token K” akan dikeluarkan bernilai sebanyak 11 bilion won ($9.7 juta), dan akan boleh digunakan oleh peniaga tempatan.

Berita tempatan itu mengatakan bahawa untuk membayar menggunakan token K, pengguna perlu mengimbas kod QR, dan peniaga yang menerima bayaran dalam matawang digital akan boleh memohon pertukaran ke fiat yang akan dipindahkan ke akaun bank mereka, tanpa caj bayaran.

Ketua pusat blockchain dan naib presiden KT, Yeong-il Seo mengatakan:

“Berdasarkan teknologi berbeza dan persaingan bisnes platform matawang tempatan blockchain KT, kami akan berjaya menjalankan perniagaan matawang digital tempatan di bandar Gimpo. Perkenalan matawang digital tempatan akan menyumbang kepada pemulihan kepada ekonomi serantau.”

Syarikat itu dilaporkan merancang untuk mengembangkan projek matawang digital ke pentadbiran tempatan yang bersetuju dengannya, berdasarkan prestasinya di Gimpo. KT Corporation tahun lepas telah menyertai sektor blockchain, dan melancarkan rangkaian lejar teragih yang telah diaplikasikan ke pelbagai sektor, termasuk pengesahan ID, perdagangan tenaga dan data roaming.

Langkah itu boleh dilihat sebagai langkah ke hadapan untuk Korea Selatan, negara yang telah melarang ICO, dan mendedahkan ia merancang untuk mencukai praktis pengutipan dana itu jika ia dibenarkan semula, dan juga matawang digital.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/south-korean-telecoms-giant-kt-is-reportedly-developing-a-local-cryptocurrency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads