Default – Above Header Ads

Undang-undang Perdagangan Futures Indonesia Baru Menjana Kontroversi

 

Pedagang di Indonesia telah mengkritik undang-undang baru yang memerlukan $70 juta dalam kapital untuk mendagangkan crypto futures, menurut laporan dari The Jakarta Post, pada 14 Februari 2019.

Badan Penguatkuasaan Pertukaran Futures (Bappebti) di bawah Kementerian Perdagangan Indonesia telah mengeluarkan peraturan baru berkenaan pasaran fizikal untuk aset kripto di bursa pertukaran kripto futures. Pada permukaannya, undang-undang itu seperti merangkumi asas seperti perlindungan pelanggan dan keperluan praktis pentadbiran yang baik untuk pedagang. Bahagian undang-undang baru yang menaikkan kemarahan pedagang adalah Artikel 24, Perenggan 3, yang mengatakan bahawa pedagang futures matawang digital perlu mempunyai $7.13 juta dipindahkan ke akaun mereka, di mana 80 peratus disimpan sebagai deposit.

Apa yang lebih teruk adalah untuk mendapat kelulusan oleh kerajaan untuk menjadi fasilitator aset kripto pelanggan, pedagang perlu memindahkan lebih kurang $70 juta dalam kapital dan menyimpan 80 peratus daripadanya dalam akaun mereka. Meskipun jumlah yang diperlukan untuk mula berdagang aset tradisional hanya $178,000.

Seperti yang dijangka, peraturan baru ini telah menyebabkan kekecohan dalam komuniti kripto kerana peraturan ini dilihat sebagai terlalu berlebihan dan juga akan menyumbang kepada perkembangan industri yang perlahan.

Dalam sektor komersial negara, tidak semua undang-undang membawa kepada kebaikan dan ia kini jelas bahawa larangan matawang digital dan ICO bukan satu-satunya cara yang menyekat perkembangan industri. Peraturan seperti ini, Walaupun secara teknikal membenarkan perdagangan futures, mencipta peraturan yang terlalu ketat yang akan menyekat kemasukan pedagang.

Sumber:

https://btcmanager.com/indonesias-new-futures-trading-law-cause-controversy/?q=/indonesias-new-futures-trading-law-cause-controversy/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads