Pengasas QuadrigaCX Mungkin Telah Menyimpan Private Key Atas Kertas dalam Peti Deposit Keselamatan
Pengasas bursa pertukaran kripto Besar QuadrigaCX, Gerald Cotten, mungkin telah menyimpan private key bursa pertukaran itu di atas kertas dalam peti deposit keselamatan, menurut laporan Bloomberg pada 15 Februari.
Dalam temubual di “True Bromance Podcast” pada Februari 2014, Cotten memberi amaran tentang bahaya kehilangan private key kepada cold wallet, yang mengakibatkan kehilangan akses kepada aset yang disimpan. “Kerajaan AS juga, dengan komputer paling besar di dunia, tidak akan boleh mendapatkan kembali simpanan itu jika anda kehilangan private key. Ianya mustahil untuk mendapatkannya kembali,”Cotten berkata.
Cotten menjelaskan bahawa cara terbaik untuk menyimpan private key – yang merangkumi satu rantaian panjang angka dan huruf rawak – adalah dengan menyimpannya di atas kertas dalam peti deposit keselamatan. “Jadi dengan cara itu, Bitcoin anda tidak akan dicuri, melainkan seseorang memecah masuk bank, mencuri peti deposit anda dan mengambil private key anda,”tambah Cotten.
Pengasas Quadriga itu mendedahkan bahawa kumpulan disebalik bursa pertukaran itu menyimpan private key secara offline dalam peti deposit syarikat itu di bank.
Quadriga sehingga kini tidak mendapat akses kepada cold wallet di mana ia menyimpan majoriti aset, kerana Cotten – yang mati secara tiba-tiba pada awal Disember – rupa-rupanya adalah satu-satunya individu yang bertanggungjawab ke atas wallet dan private key syarikat itu. Bursa itu dilaporkan hanya mempunyai CA$375,000 ($286,000) dalam bentuk tunai, dan ia berhutang sebanyak CA$260 juta ($198,435,000) kepada penggunanya. Menghadapi insolvensi, bursa itu telah memohon perlindungan kreditor dari Mahkamah Kanada.
Semalam Hakim Mahkamah Agung Nova Scotia Michael Wood menangguhkan keputusan tentang perwakilan undang-undang untuk pelanggan Quadriga dan berkata bahawa dia akan mengeluarkan keputusan bertulis dalam kes itu dalam masa seminnggu. Perbicaraan mahkamah dilaporkan membawa masuk lebih satu dozen peguam yang akan mewakili 115,000 pedagang matawang digital, yang ingin mendapatkan kembali CA$70 juta ($52 juta) dalam tunai dan CA$190 juta ($142 juta) dalam Bitcoin dan matawang digital lain.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!