Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pasaran Aset Digital StellarX Diperoleh Bursa Pertukaran Kripto Kanada, Coinsquare

 

StellarX, bursa pertukaran aset kripto terdesentralisasi (DEX) yang dikeluarkan oleh rangkaian blockchain Stellar, telah dilaporkan diperoleh Coinsquare, salah satu platform aset digital terbesar di Kanada.

https://twitter.com/stellarxhq/status/1096056699386036224

Diumumkan pada 14 Februari, pemerolehan itu dibuat untuk membantu StellarX mematuhi standard pengawalseliaan. Sebagai bursa pertukaran yang tertubuh, pengurusan Coinsquare akan membantu pembangun StellarX implementasi langkah yang bersesuaian – supaya DEX baru itu akan mencapai Potensi sepenuhnya.

Memberi komen tentang pemerolehan itu, pengurusan StellarX berkata:

“Coinsquare adalah padanan yang sempurna. Mereka telahpun mengetuai platform matawang kripto Kanada. Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan penguatkuasa AS, Eropah dan Kanada. Bank of Montreal adalah rakan kongsi bank mereka.”

Selepas berjaya menyempurnakan ujian beta tahun yang lalu, StellarX, gateway pasaran aset kripto, dilancarkan secara rasmi di penghujung Septemebr 2018. Seperti yang dilaporkan, StellarX dibangunkan oleh InterStellar, iaitu satu entiti bisnes yang dibentuk melalui pemerolehan oleh Chain, Inc. oleh Lightyear Corporation yang berkaitan Stellar Development Foundation.

Sebelum pemerolehan itu, Chain Inc. beroperasi sebagai firma teknologi yang tertumpu pada pembangunan platform blockchain berdasarkan cloud untuk menjalankan transaksi kewangan. Sementara itu, Lightyear Corporation adalah organisasi for-profit yang mengurus produk dan perkhidmatan yang dicipta menggunakan protokol Stellar. Sebagai pesaing utama protokol Ripple (sistem penyelesaian secara langsung), protokol Stellar mendefinisikan spesifikasi pemindahan kripto-ke-fiat merentasi sempadan yang melibatkan mana-mana pasangan matawang.

Menurut pengumuman yang berkaitan dengan pemerolehan StellarX, pembangun pasaran berdasarkan protokol Stellar akan terus fokus kepada pembangunan projek itu. Kumpulan StellarX juga akan bekerja bersama-sama Stellar Development Foundation (SDF).

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/digital-asset-marketplace-stellarx-acquired-by-leading-canadian-exchange-coinsquare/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

===

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.