Default – Above Header Ads

Bittrex VS BitFinex VS Binance

Dalam ekosistem matawang kripto, bursa pertukaran kripto adalah elemen paling penting yang menghidupkan permintaan terhadap matawang digital dan menghubungkan projek blockchain dengan pengguna. Tanpa bursa pertukaran kripto, kita tidak akan ada pasaran kripto seperti apa yang sudah ada kini.

Dan sama seperti matawang kripto yang bertambah setiap hari, bursa pertukaran kripto juga mempunyai persaingan yang sengit. Ini adalah kerana keuntungan yang tinggi yang diperoleh bursa pertukaran kripto, seperti yang penulis sudah bincangkan dalam artikel sebelum ini. Disebabkan persaingan, setiap bursa pertukaran mesti akan ada ciri-ciri masing-masing yang menarik pengguna.

Dalam artikel kali ini, penulis akan membincangkan tentang tiga bursa pertukaran kripto yang popular: Bittrex, Bitfinex dan Binance.

Perbandingan Bittrex, Bitfinex dan Binance

Dalam jadual di bawah, penulis telah highlight ciri utama ketiga-tiga bursa pertukaran kripto ini untuk memudahkan anda membuat perbandingan antara ketiga-tiganya.

Nama
Aplikasi MobileTidakYaYa
Cara deposit/pengeluaranMatawang kripto, Pemindahan wire (>$100,000)Matawang kripto, Pemindahan wire (USD,EUR, JPY, GBP)Matawang kripto, Kad kredit
Had pengeluaran3 BTC/24 jam (akaun yang belum disahkan)
100 BTC/24 jam (akaun yang telah disahkan)
Tiada had untuk pengeluaran kripto
Deposit/pengeluaran fiat perlu pengesahan
2 BTC/24 jam (akaun yang belum disahkan)
100 BTC/24 jam (akaun yang telah disahkan)
Yuran berdagang0.25%0.00% - 0.2%0.04% - 0.1% (bukan pengguna BNB)
0.015% - 0.075% (pengguna BNB)
Yuran deposit/pengeluaranTiada0.1% (min. $60) untuk deposit fiat
Deposit: 0%
Pengeluaran: bergantung kepada matawang kripto
Matawang kripto100+ 35+100+
Kepercayaan KomunitiA+B-A+
Sokongan PelangganBagusBaikBagus
Keperluan KYCYaTidakTidak
Pernah Digodam?TidakYaYa
Tahun201420122017
LokasiSeattle, Amerika SyarikatHong Kong (HQ) & TaiwanHong Kong, Tokyo, Taiwan, Korea, Malta (HQ)
Laman WebBittrexBitfinexBinance

User Interface

Bittrex

UI Bittrex boleh dikatakan mudah untuk digunakan. Namun begitu, kualiti graf Bittrex tidak begitu membolehkan pengguna melihat prestasi matawang kripto dalam beberapa bulan sebelumnya. Ia sesuai untuk pengguna yang baru masuk ke dunia kripto.

Binance

UI Binance agak mengelirukan bagi pengguna baru. Graf Binance juga tidak mempunyai label yang boleh membantu pengguna baru. Tambahan lagi, ia hanya menawarkan graf candlestick dan market depth. Namun begitu, Binance memberi keterangan ringkas tentang setiap matawang kripto, menjelaskan apa fungsi mereka.

Bitfinex

UI Bitfinex juga agak mengelirukan bagi pengguna baru, namun Bitfinex menyediakan panduan bagaimana untuk berdagang, membuat margin dan sebagainya. Bitfnex juga menawarkan pelbagai graf untuk pengguna yang berbeza pengalaman. Graf Bitfinex kelihatan profesional dan mempunyai banyak peralatan untuk membuat analisa. Bitfinex sesuai untuk pedagang yang berpengalaman.

Bursa yang mana sesuai untuk anda?

Ia bergantung kepada apa yang anda cari kerana ketiga-tiga menawarkan kelebihan yang berbeza dan mempunyai kekurangan masing-masing. Apa yang pasti, terdapat banyak pilihan bursa pertukaran lain dalam pasaran kripto untuk pelbagai jenis pengguna.

Selamat berdagang!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads