Default – Above Header Ads

Teknologi Blockchain vs Pengkomputeran Kuantum

Pengumuman Google pada tahun lepas, yang mendakwa telah membina komputer kuantum yang dapat menyelesaikan pengiraan matematik yang tidak dapat diselesaikan sebelumnya – dengan turut menyebabkan pelbagai industry kripto merasakan mereka terdedah kepada risiko. Google menyatakan bahawa percubaannya ini adalah cabaran eksperimen pertama terhadap tesis Church-Turing – juga dikenali sebagai tesis komputabiliti.

Apakah Pengkomputeran Kuantum?

Pengkomputeran kuantum adalah bidang yang memfokuskan untuk membangunkan teknologi komputer berdasarkan prinsip-prinsip teori kuantum. Komputer kuantum, mengikut undang-undang fizik kuantum, akan dapat mencapai pemprosesan yang besar melalui keupayaan atom untuk berada di beberapa keadaan kuantum pada masa yang sama, dan melaksanakan tugas menggunakan semua permutasi keadaan kuantum atom tersebut pada masa yang sama.

Perbandingan Pengkomputeran Klasik dan Kuantum

Pengkomputeran klasik bergantung kepada prinsip berdasarkan algebra Boolean. Data mesti diproses dalam keadaan binari dalam masa yang sama. Walaupun masa setiap transistor atau kapasitor perlu berada dalam keadaan 0 atau 1 sebelum beralih keadaan sekarang boleh diukur dalam nano saat, masih ada batasan tentang seberapa cepat peranti ini boleh dibuat untuk menukar keadaan binarinya tersebut. Semasa kita maju menggunakan litar elektronik yang lebih kecil dan lebih cepat, kita mula mencapai had fizikal bahan dan undang-undang fizik klasik. Melangkaui had undang-undang fizik klasik, dunia kuantum akan mengambil alih. Dalam komputer kuantum, sebilangan unsur zarah seperti elektron atau foton boleh digunakan sama ada melalui cas atau polarisasi yang bertindak mewakili simbol 0 dan/atau 1. Setiap zarah ini dikenali sebagai bit kuantum, atau qubit, sifat dan kelakuan zarah-zarah ini membentuk asas kepada pengkomputeran kuantum.

Apakah Supremasi Kuantum?

Google mendakwa telah berjaya membina komputer kuantum yang paling berkuasa di dunia. Menurut penyelidik Google, pengiraan yang biasanya mengambil masa lebih dari 10,000 tahun untuk dilaksanakan, komputer kuantumnya dapat menyelesaikan dalam hanya kira-kira 200 saat, dan berpotensi memecahkan asas blockchain, dan penyulitan yang mendasari teknologi blockchain. Kriptografi asimetri yang digunakan dalam crypto bergantung pada “keypair”, iaitu kunci peribadi (private key) dan kunci awam (public key). Kunci awam boleh dihasilkan dari pasangan kunci peribadi mereka, tetapi tidak sebaliknya. Namun Google masih jauh dari membina komputer kuantum yang boleh menjadi ancaman kepada cryptography blockchain atau juga asas penyulitan lain.

Rangkaian blockchain termasuk seni bina Bitcoin bergantung kepada dua algoritma penting: Elliptic Curve Digital Signature Algorithm (ECDSA) untuk tandatangan digital dan SHA-256 sebagai fungsi hash. Komputer kuantum boleh menggunakan algoritma Shor untuk mendapatkan kunci peribadi anda daripada kunci awam anda, tetapi menurut anggaran saintifik yang paling optimis mengatakan bahawa walaupun pengiraan ini mampu dilaksanakan, ia tidak akan berlaku dalam dekad ini kerana kemampuan komputer kuantum masih terlalu lemah dalam menyelesaikan proses penyahsulitan (decryption) kunci peribadi.

Tetapi ini bukan untuk mengatakan bahawa tidak ada sebab untuk berjaga-jaga. Walaupun algoritma penyulitan yang digunakan oleh aplikasi blockchain selamat untuk sekarang, hakikatnya kadar kemajuan dalam teknologi kuantum semakin meningkat, dan itu boleh memberi ancaman.

Rumusan

Berdasarkan perkembangan terkini, kita sebagai peminat dunia kripto tidak perlu gerun dengan pembangunan komputer kuantum ini kerana sekarang ia masih di peringkat awal pembangunannya. Walaupun masih awal, namun perlu diingatkan bahawa pada masa hadapan, teknologi baru pasti dapat mengurangkan risiko komputer kuantum dan terus memberikan penambahbaikan terhadap teknologi blockchain.

Rujukan:

https://www.ft.com/content/b9bb4e54-dbc1-11e9-8f9b-77216ebe1f17

Penulis: Krypto Cobra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.