Default – Above Header Ads

Cryptohaters Dan Dendam Kesumat Mereka Terhadap Kripto

Di dalam dunia yang mana terma Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan ‘Internet of Things’ (IOT) seringkali mahu digunakan oleh sesiapa sahaja bagi menunjukkan yang mereka ini canggih dan mengikuti trend semasa, pasti kita akan berasa hairan yang masih ada sekelompok manusia yang membenci matawang kripto.

Kita tidak mungkin boleh menghalang sesiapa pun untuk membenci apa-apa, kerana sebaik-baik Mufti Wilayah itu pun dibenci (eh?), apatah lagi untuk sesuatu seperti matawang kripto. Namun yang membuatkan saya tergaru-garu kepala adalah yang membenci matawang kripto ini bukan sembarangan orang, tetapi individu dan tokoh yang cukup berpengaruh terutamanya dalam bidang pelaburan dan kewangan.

Siapakah mereka ini? Mengapa mereka ini membenci kripto?

Di sini saya senaraikan beberapa individu terkenal yang menjadi cryptohaters (atau cryptoskeptics):

Warren Buffet

Sebagai antara individu terkaya di dunia yang mengumpul harta kekayaannya menerusi pelaburan, sudah pasti agak mengejutkan untuk melihat nama Warren Buffet sebagai salah seorang cryptohater melihatkan potensi besar yang terdapat pada matawang kripto, terutamanya Bitcoin.

EXMO affiliate program

Namun, kebencian Buffet pada matawang kripto mungkin berpunca daripada fakta bahawa sumber keuntungannya yang utama adalah hasil daripada pelaburan beliau di bank-bank dan institusi kewangan, yang merupakn ‘seteru utama’ kepada matawang kripto.

Kata-kata Buffet yang terkenal tentang kirpto: “Bitcoin adalah racun tikus kuasa dua!”

Nouriel Roubini

Sekiranya semua cryptohaters bergabung menjadi seorang sahaja individu, pastil Nouriel Roubini adalah watak yang paling dominan. Ahli ekonomi yang terkenal disebabkan oleh ketepatan ramalannya dalam menjangkakan krisis kewangan 2008 ini cukup membenci matawang kripto sehinggakan beliau akan mencela dan mengutuknya bila-bila sahaja beliau berpeluang berbuat sedemikian.

“Matawang kripto telah mewujudkan satu industri jenayah yang baharu, melibatkan platform pertukaran yang tidak dikawalselia, tukang proganda berbayar dan segerombolan askar penipu yang menunggu-nunggu peluang untuk mengenakan pelabur runcit,” tulis Roubini di dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Project Syndicate pada Julai 2019. Sambungnya lagi, “Di sebalik itu, meskipun terdapat begitu banyak bukti penipuan dan penyalahgunaan, badan kewangan dan agensi penguatkuasa undang-undang terus lena dibuai mimpi.”

Kata-kata Roubini yang terkenal tentang kripto: “Bitcoin adalah ibu kepada segala scam!”

Charles Munger

Sebagai Naib Pengerusi kepada Berkshire Hathaway, tidak hairanlah Charles Munnger berkongsi kebencian terhadap matawang kripto dengan sahabatnya, Warren Buffet. Malah kebencian Munger terhadap Bitcoin jauh lebih keras dan tegar berbanding Buffet.

Namun sekiranya kita mengikuti Buffet dan Munger dengan rapat, kita mungkin boleh faham mengapa mereka menyimpan dendam terhadap matawang kripto (terutamanya Bitcoin). Sejak sekian lama, Berkshire Hathaway sentiasa memperjuangkan strategi pelaburan yang berhati-hati; sesuatu yang bertentangan dengan dunia kripto.

Kata-kata Munger yang terkenal tentang kripto: “Bitcoin adalah emas palsu yang tiada nilai!”

Joseph Stiglitz

Sebagai seorang pakar ekonomi yang pernah memenangi hadiah Nobel, kita mungkin menyangka yang Profesor Joseph Stiglitz akan lebih bersimpatai terhadao sesuatu seperti Bitcoin yang telah menggegarkan dunia kewangan dan ekonomi. Stiglitz yakin yang Bitcoin tidak akan bernilai apabila aktiviti jenayah yang sering dikaitkan dengan matawang kripto seperti pengubahan wang, dapat dikawal dan dihapuskan.

“Kita sudah pun mempunyai medium pertukaran yang bagus yang dipanggil dollar,” Stiglitz pernah berkata dalam satu acara. “Jadi kenapa orang masih mahukan Bitcoin? Kerana kerahsiannya.”

Kata-kata Stiglitz yang terkenal tentang kripto: “Bitcoin tidak mempunyai apa-apa fungsi sosial yang berguna.”

Robert Shiller

Robert Shiller mempunyai persamaan yang agak ketara dengan Stiglitz; kedua-duanya adalah pakar ekonomi yang pernah memenangi hadiah Nobel dan kedua-duanya membenci kripto. Ok, mungkin pandangan Shiller terhadap Bitcoin lebih lembut sedikit berbanding dengan Stiglitz kerana beliau tidak menolak sepenuhnya kemungkinan yang Bitcoin boleh bertahan.

Shiller memberi amaran yang Bitcoin mempunyai tanda-tanda yang cukup untuk menjadikannya sebagai sebuah ‘bubble’. Menurut Shiller, sepanjang sejarah, inovasi dalam kewangan dipandu oleh keinginan mendalam untuk mewujudkan revolusi dalam masyarakat dan seringkali dipasangkan dengan cerita teknologi yang unik, dan hal ini menepati apa yang berlaku pada Bitcoin.

Kata-kata Shiller yang terkenal tentang kripto: “Saya tidak bermaksud untuk meremehkan Bitcoin, tetapi ia kelihatan seperti bubble.”

Jamie Dimon

Jamie Dimon ialah Ketua Pegawai Eksekutif J.P. Morgan Chase, sebuah bank pelaburan multinasional yang sangat berprestij. Mungkin daripada situ kita boleh sedikit-sebanyak memahami mengapa beliau membenci matawang kripto.

Kebencian Dimon terhadap Bitcoin begitu dahsyat sehingga beliau pernah mengeluarkan amaran mana-mana pekerja banknya yang didapati berjual-beli Bitcoin akan dipecat. Namun apabila harga Bitcoin meroket, Dimon melembutkan pandangannya terhadap kripto malah pernah mengatakan teknologi di sebalik Bitcoin dan matawang kripto lain berpotensi untuk dikembangkan.

Kata-kata Dimon yang terkenal tentang kripto: “Sekiranya anda begitu bodoh untuk membeli Bitcoin, anda pasti akan menerima akibatnya suatu hari nanti.”

Tidjane Thiam

Seorang lagi figure besar dalam dunia perbankan yang turut membenci matawang kripto adalah Tidjane Thiam, Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse. Sebagai pengamal kewangan konvensional, ia tidaklah begitu menghairankan seseorang seperti Thiam menyimpan dendan terhadap Bitcoin.

Thiam merasakan yang Bitcoin ialah satu cabaran besar kepada masyarakat. Salah satu sebabnya adalah kerana kerahsiaan di sebalik Bitcoin (anonymity). Ciri ini mungkin mencegah institusi kewangan daripada terlibat dengan Bitcoin kerana tidak mahu dituduh melakukan aktiviti pengubahan wang haram.


Kata-kata Thiam yang terkenal tentang kripto: “Satu-satunya sebab mengapa orang membeli atau menjual Bitcoin adalah untuk membuat duit; itulah definisi asal kepada spekulasi dan bubble.”

Selain tujuh cryptohaters terkenal yang disenaraikan di atas, ramai lagi tokoh dan individu yang berpengaruh yang pernah mengeluarkan kenyataan yang melayakkan mereka untuk menyertai Kelab Pembenci Kripto. Antaranya:

Bill Gates: “Ciri utama mawatang kripto adalah kerahsiaannya. Saya tidak rasa ia sesuatu yang baik… Ketika ini matawang kripto digunakan untuk membeli fentanyl dan beberapa dadah lain jadi ia adalah teknologi yang jarang sekali berlaku, yang telah menyebabkan kematian secara langsung.”

Jack Ma: “Teknologi Bitcoin boleh mengubah dunia lebih daripada apa yang kita bayangkan. Walau bagaimanapun, Bitcoin boleh menjadi bubble.”

Putera Al-Waleed bin Talal: “Saya langsung tidak percaya kepada Bitcoin. Suatu hari nanti, ia akan meletus. Saya rasa, ia bakal menjadi seperti Enron.”

Ben Bernanke (Bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat): “Bitcoin adalah percubaan untuk menggantikan matawang fiat dan mengelak daripada kawal selia dan campur tangan kerajaan. Saya tidak rasa ia akan berjaya.”

Paul Krugman (Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi): “Bitcoin adalah suatu kejahatan. Setakat ini, semua perbincangan Bitcoin adalah tentang kesan ekonomi yang positif – adakah ini boleh terjadi? Saya sangat tidak yakin.”

Kebencian sekelompok individu terhadap matawang kripto besar kemungkinan adalah disebabkan kejahilan mereka tentang teknologi yang terkini atau kedengkian mereka terhadap prestasi matawang kripto yang benar-benar menonjol di pasaran. Dan mungkin ada juga yang benar-benar ikhlas kerana risau melihat ketidakmenentuan harga matawang kripto yang begitu dahsyat, ditambah pula dengan faktor kerahsiaan (anonymity) kripto yang menjadi kebimbangan banyak pihak. Namun golongan yang kedua ini tidak ramai.

Perlu juga disebut di sini sebagai penafian (disclaimer), kebanyakan daripada mereka ini hanya membenci matawang kripto dan bukanlah teknologi blockchain itu sendiri, contohnya seperti Jack Ma di atas. Dan penulisan artikel ini sememangnya memfokuskan kepada mereka yang membenci matawang kripto.

Sikap para pembenci kripto ini bolehlah disimpulkan dengan sebuah peribahasa moden, “Haters gonna hate.” Buatlah macam mana pun, teranglah ikut jalan mana pun, mereka tetap akan membenci. Maka kepada para pejuang teknologi blockchain dan pencinta matawang kripto, ayuh teruskan perjuangan!

Ditulis oleh:
Adam Effendy Mustapha

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.