Default – Above Header Ads

Arca Bitcoin ETF NYSE kini Dibawah Pemeriksaan SEC

 

SEC kini telah memulakan pemeriksaan pertukaran peraturan untuk Arca ETF NYSE dengan keputusan dalam masa 45 hari.

NYSE memfailkan permohonan untuk melancarkan ETF berkaitan Bitcoin tahun yang lalu, dengan harapan untuk melancarkan lima ETF berbeza yang berkait dengan kontrak bull dan bear futures yang disenaraikan di Arca NYSE. Kini bursa pertukaran Arca NYSE telah memfailkan cadangan perubahan peraturan untuk menyenaraikan dan mendagangkan saham Bitwise Bitcoin ETF Trust.

ETF itu dilaporkan akan dihubungkan kepada harga Bitcoin futures di CME dan CBOE. Tambahan lagi, Bitwise Asset Management juga memfailkan aplikasi ETF pada 10 Januari, dengan cadangan ETF menjejak Bitwise Bitcoin Total Return Index.

Syarikat yang memohon ETF telah menyatakan kebimbangan bahawa permohonan mereka akan ditangguhkan kerana kekurangan staf yang disebabkan dilema Trump Wall yang menyebabkan penutupan kerajaan AS. Seperti yang dilaporkan BitcoinNews, kekurangan staf SEC telah menjejaskan perkhidmatannya, tetapi Jake Chervinsky, peguam Kobre & Kim tidak bersetuju dengan cadangan jika SEC terlepas tempohnya ETF akan diluluskan secara otomatik.

Dia berkata risiko penangguhan tidak realistik, menyatakan bahawa “Dalam realiti, ia tidak akan berlaku. SEC akan menyempurnakannya; sama ada dengan penolakan, permohonan untuk penarikan atau sebagainya.”

Terdapat perbincangan yang positif baru-baru ini tentang kelulusan ETF. Pesuruhjaya SEC Heister Price berterusan memberi harapan kepada komuniti kripto Manakala Pesuruhjaya CFTC AS berterusan menjadi pengkritik SEC, mengatakan bahawa manipulasi harga sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada SEC meluluskan Bitcoin ETF.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/nyse-arca-bitcoin-etf-now-under-sec-review/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.