India: Scam Matawang Kripto $13 juta DIjatuhkan di Mumbai; Menambah Ketakutan Kerajaan Terhadap Matawang Kripto
Negara India adalah antara ekonomi besar di dunia yang tidak implementasi atau membenarkan apa-apa bentuk pembayaran matawang kripto. Ditambah dengan ketidakpercayaan kerajaan kepada matawang kripto, bahagian Jenayah Mumbai telah berjaya menjatuhkan kumpulan yang didakwa menjalankan penipuan matawang kripto bernilai $13 juta di beberapa negeri di India.
Menurut the Times of India, individu yang didakwa itu telah menipu beberapa orang di Maharashtra, Gujarat, dan Uttar Pradesh. Kumpulan itu telah melancarkan scam coin yang dipanggil Cashcoin dan menjanjikan pelabur dua kali ganda pulangan untuk pelaburan dengan cara mengiklankannya sebagai coin yang lebih kurang sama dengan Bitcoin.
Sunil Jadhav, salah seorang inspektor polis utama dalam kes itu, berkata:
“Yang tertuduh telah mengadakan mesyuarat di Mumbai, Surat dan kawasan lain di Gujarat dan menarik orang untuk melabur duit mereka dengan menjanjikan pulangan dua kali ganda dalam masa bulan. Pada awalnya, kumpulan itu membayar kembali beberapa pelabur untuk menarik lebih ramai orang masuk dan kemudiannya berhenti membayarnya. Niat mereka adalah untuk menipu.”
Ajay Dubey, peguam bela tertuduh, menafikan kesalahan kliennya dan mengatakan:
“Klien saya tidak bersalah dan tidak patut ditangkap. Kod Penal India seksyen 419, 420, 406 dan 409 tidak boleh diaplikasikan dalam kes ini kerana tiada siapa yang ditipu memandangkan transaksi adalah dalam pembayaran cek.”
Kerajaan India telah menyatakan kebimbangannya tentang subjek ini dan menekankan bahawa ia tidak selesa dengan matawang virtual. Namun begitu, terdapat konsensus dalam kerajaan, Twitterati dan peminat untuk mempromosi teknologi blockchain.
Setiausaha Urusan Ekonomi India, Subhash Chandra Garg, yang juga mengetuai jawatankuasa yang akan melihat kepada kemungkinan rangka undang-undang untuk matawang kripto, dipercayai ragu-ragu dengan kesan matawang kripto ke atas matawang fiat negara itu jika ia disahkan sebagai pembayaran di negara itu.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!