Default – Above Header Ads

Bitcoin Cash [BCH]: Roger Ver Berjanji untuk Menjual Bitcoinnya jika Saiz Blok Turun ke 300KB

 

Perbahasan tentang saiz blok Bitcoin yang sudah lama dalam komuniti Bitcoin dan telah membawa kepada hardfork yang berpecah belah, contohnya Bitcoin Cash dan Bitcoin SV.

Luke Dashjr, pembangun Bitcoin Core yang baru-baru ini mencadangkan idea pengurangan saiz blok Bitcoin kepada 300KB, telah menyebabkan kekecohan dalam komuniti, menyebabkan beberapa orang berpengaruh mengeluarkan pendapat mereka sendiri.

Bitcoin Jesus, Roger Ver, CEO bitcoin.com dan penyokong Kuat BCH baru-baru ini mengeluarkan pendapatnya yang bertentangan cadangan Dashjr dalam episod terbaru bitcoin.com di YouTube.

Ver tampak menentang idea 300KB Dashjr malah mengatakan dia akan menjual Bitcoinnya jika cadangan ini diimplementasi.

Dalam video itu, Roger Ver berkata:

“Saya sangat berharap Luke Jr. dan semua yang lain mengecilkan saiz blok BTC kepada 300KB dan jika mereka membuatnya saya akan menjual lebih banyak BTC saya. Lebih banyak lagi. Mungkin saya akan menjual semuanya ketika itu. Kegilaan sepenuhnya.”

Gabriel Cordona, pembangun Bitcoin Cash dan lelaki di sebalik Badger Wallet dan Bitbox, juga muncul dalam video itu dan menetang idea Dashjr. Hujah Cardona adalah ia akan menjejaskan pengalaman pengguna.

Dia berkata:

“Kesilapan dalam mengecilkan saiz blok, bergantung kepada Lightning Network sebagai penyelesaian skala, adalah ia akan menyebabkan pengalaman buruk pengguna dan terdapat penyelasaian yang lebih baik. Dan ia adalah salah faham asas yang mendalam.”

Sumber:

https://ambcrypto.com/bitcoin-cash-bch-roger-ver-promises-to-sell-his-bitcoins-if-the-block-size-drops-to-300kb/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads