Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pasaran Kripto Terus Menaik; Jumlah Transaksi Bitcoin dan XRP Meningkat

 

Pasaran kripto terus menaik selepas melihat dua hari penambahan nilai yang besar di majoriti matawang kripto. Harga yang naik pada hari ini menyebabkan ramai pelabur dan penganalisa mempercayai bahawa pasaran telahpun menentukan harga lantai untuk jangka masa panjang.

Walaupun dengan sentimen bullish yang kini dirasai oleh kebanyakan komuniti kripto, penganalisa kini menunjukkan kepada kepentingan jumlah transaksi sebagai indikator halal tuju pasaran.

Naeem Aslam, ketua penganalisa pasaran di Think Markets U.K., baru-baru ini memberitahu MarketWatch bahawa dia percaya Bitcoin akan melihat asas harga yang kuat dalam bulan-bulan akan datang, yang mungkin akan menyumbang kepada harga yang positif.

“Raja matawang kripto atas landasan untuk menetapkan bulan positif pertamanya sejak Julai 2018. Dengan perubahan ini, asas harga akan bertambah baik  dalam bulan-bulan akan datang untuk ruangan matawang kripto. Harapan adalah pada penambahan jumlah transaksi on-chain. Ini akan menyumbang kepada perkembangan kerana jumlah besar industri yang menjadi sebahagian infrastruktur ini.”

Mati Greenspan, penganalisa pasaran di eToro, juga berkongsi sentimen yang sama dengan Aslam, dan berkata kenaikan harga Bitcoin baru-baru ini terjadi pada masa yang sama jumlah transaksi meningkat.

“Kita boleh lihat tempoh jumlah transaksi rendah dalam kotak ungu di bawah…Garisan hijau adalah BTC,”Greenspan berkata merujuk kepada carta yang menunjukkan ketidakstabilan BTC semasa jumlah transaksi rendah.

Greenspan juga mengatakan XRP telah melihat penambahan transaksi di penghujung Januari selepas XRP jatuh teruk pada 11 Disember, yang pada waktu itu XRP jatuh kepada harga rendah di 2018 ($0.20).

“Transaksi dalam XRP senyap daripada 11 Disember tetapi meningkat semula pada 26 Januari,” katanya.

Walaupun begitu, Greenspan juga memberi amaran tentang korelasi rapat antara matawang kripto besar dan Bitcoin yang mungkin menandakan pasaran menurun masih belum berakhir.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/02/20/crypto-markets-continue-climbing-as-bitcoin-and-xrp-transaction-volumes-surge/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.