Default – Above Header Ads

Countdown Bermula Semula Untuk Keputusan SEC tentang Bitcoin ETF

 

SEC mungkin akan membuat keputusan awal untuk dua permohononan Bitcoin ETF menjelang 5 April.

Permohonan Bitcoin ETF yang dikemukakan (buat kali kedua) oleh VanEck, SolidX dan Cboe BZX Exchange dijangka akan diterbitkan secara rasmi dalam Federal Register pada 20 Februari, memulakan semula tempoh masa 45 hari untuk kelulusan, penolakan atau penambahan masa. Permohonan itu pada awalnya diterbitkan di laman web SEC pada 13 Februari.

Orang awam akan mempunyai tiga minggu Bermula 20 Februari (sehingga 13 Mac) untuk memfailkan maklum balas mereka. Kemudian SEC akan mengambil tiga lagii minggu, sehingga 5 April untuk membuat keputusan atau menambah masa untuknya.

Permohonan VanEck/SolidX akan menyertai Permohonan yang difailkan oleh Bitwise Investment Management dan NYSE Arca, yang diterbitka di Federal Register Pada 15 Februari, bermakna SEC mempunyai sehingga awal April untuk membuat keputusan tentang permohonan itu atau menangguhkan keputusan.

Permohonan Bitwise/NYSE Arca difailkan sebelum ini pada tahun yang lalu, dan ramai menjangka permohonan pertama itu akan diluluskan oleh penguatkuasa sekuriti AS. Namun begitu, permohonan itu ditarik balik waktu penutupan kerajaan AS paling lama dalam sejarah, dan dihantar semua pada penghujung Januari.

Jika diluluskan, ETF akan membawa masuk kecairan baru dalam pasaran kripto yang kini menunjukkan tanda pemulihan. Namun begitu, penting untuk ingat bahawa SEC boleh memberikan dirinya penambahan masa sebanyak tiga kali untuk apa sahaja perubahan peraturan, bermakna ia mungkin mengambil masa berbulan sebelum keputusan dibuat ke atas mana-mana ETF.

Sumber:

https://www.coindesk.com/countdown-restarts-tomorrow-for-sec-decision-on-cboe-vaneck-bitcoin-etf

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.