Survey Baru Menunjukkan Bisnes Tidak Bersedia untuk Teknologi Blockchain
Kajian baru menunjukkan bahawa walaupun bisnes mempertimbangkan penggunaan blockchain, secara keseluruhan mereka tidak merasa bersedia untuk implementasi teknologi itu. Survey itu dijalankan oleh firma pembangunan software Globant dan diterbitkan pada 19 Februari.
Laporan itu berkata 64 peratus daripada organisasi yang berniat untuk melabur dalam penyelsaian blockchain untuk menambah baik operasi dalaman mereka, dan hanya 46 peratus yang merasa mereka bersedia untuk menggunakan teknologi itu.
Daripada 61 peratus organisasi yang telahpun mengkaji blockchain, hanya 28 peratus yang telah memilih pembekal blockchain. Menurut survey itu, majoriti pembuat keputusan masih lagi mengkaji teknologi itu dan membandingkan vendor, dan masih belum menyatakan pendirian mereka tentang teknologi blockchain.
CTO Amerika Latin di Globant, Diego Tartara, berkata: “Implementasi blockhain berlainan untuk setiap organisasi, jadi ia penting untuk ketua perniagaan untuk mempunyai idea yang baik tentang bagaimana bentuk integrasi itu. Teknologi seperti ini memerlukan lonjakan paradigma untuk menggunakannya, jadi berkongsi objektif teras untuk teknologi itu adalah kunci kepada integrasi blockchain yang berjaya.”
Kajian itu melibatkan 679 eksekutif pengurusan yang dilantik dalam bidang pemasaran, IT dan operasi di Amerika Syarikat pada suku tahun pertama 2018.
Awal bulan ini, survey TD Bank menunjukkan 90 peratus dari profesional kewangan merasa blockchain dan DLT akan memberi kesan positif kepada industri pembayaran. Menurut survey itu, Hanya 14 peratus daripada peserta yang berkata organisasi mereka mempunyai strategi latihan untuk blockchain.
Satu survey dari Global Blockchain Business Council yang diterbitkan pada bulan Januari menunjukkan 63 peratus daripada peserta survey itu yang percaya bahawa eksekutif kanan bisnes mempunyai pemahaman yang rendah terhadap teknologi blockchain. 30 peratus menganggap pengetahuan mereka tentang teknologi itu sebagai “biasa”. Dan 7 peratus lagi mengatakan pemahaman mereka adalah “bagus”.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!