Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ethereum Memecah Rekod Jumlah Transaksi Harian Dalam Lebih Setahun

 

Ethereum, matawang kripto kedua terbesar dari segi modal pasaran telah berada di bahagian yang salah dalam trend bearish baur-baru ini. Tidak seperti matawang kripto besar yang lain, Ethereum tidak begitu memberangsangkan dengan ganjaran pelombong jatuh teruk kerana peningkatan tahap kesukaran dan juga kejatuhan teruk dalam transaksi blok (94%) sejak tahun lalu.

Namun begitu, menurut laporan oleh CoinMarketCap, Ethereum telah melihat jumlah transaksi harian tertinggi dalam masa setahun.

Menurut data itu, jumlah token Ether yang didagangkan dalam masa 24 jam telah meninggalkan jumlah yang dicapai pada bulan Februari tahun yang lalu. Ketinggian jumlah transaksi harian pada bulan Februari tahun lalu tidak pernah dicapai sehingga hari ini.

CoinMarketCap meletakkan jumlah transaksi harian Ethereum pada $5.4 bilion. Sewaktu penulisan, nilai Ethere adalah $148.81, manakala hanya sebulan yang lalu, matawang virtual itu hanya bernilai $122 dan jumlah transaksi harian dalam $2.3 bilion. Ethereum merangkumi 15% daripada keseluruhan nilai pasaran dalam sehari yang lalu.

Ini menunjukkan kadar progresif yang tinggi dalam jumlah transaksi harian Ethereum memandangkan nilai Ethereum telah bertambah dengan signifikan sejak awal 2019.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://ambcrypto.com/ethereum-eth-breaches-5-56-billion-in-daily-trading-volume-highest-recorded-in-over-a-year/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads