Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pembangun Parity Berhenti daripada Projek Ethereum

 

Afri Schoeden, pengurus pelancaran di firma infrastruktur Parity Technologies, telah berhenti dari projek Ethereum selepas tweet kontroversial yang menyebabkan kemarahan di media sosial. Schoeden bercakap dengan media blockchain BreakerMag pada 21 Februari 2019.

Dalam tweetnya, Schoeden dilaporkan mengkritik Serenity, yang juga dikenali sebagai “Ethereum 2.0” – naiktaraf terakhir untuk rangkaian Ethereum yang membawa mainnet Ethereum kepada algoritma konsensus proof-of-stake (PoS). Tweet itu, yang telah dipadam, dilaporkan berkata:

“Polkadot menawarkan apa yang sepatutnya Serenity tawarkan…”

Polkadot adalah protokol terbaru Parity yang bertujuan untuk menghubungkan blockchain yang berlainan.  Schoeden memberitahu BreakerMag bahawa dia “tidak lagi bekerja di Etherum atau projek berkaitan Ethereum,” tetapi akan kekal dengan Parity. Dia menerang maksud tweet terbaru itu:

“Polkadot bukanlah pesaing Ethereum secara langsung dan rantaian seperti Ethereum telah lama menjadi bahagian penting untuk visi Polkadot. Fokus tweet ini bukanlah Polkadot atau persaingan, tetapi Serenity, yang, di mata say, dikeluarkan terlalu perlahan, dan saya bimbang ia tidak akan berbaloi apabila kita tiba di situ. Ramai orang tidak faham tentang itu, dan saya disalahkan kerana tidak menghantar mesej dengan betul.”

Tambahan lagi, Schoeden percaya bahawa komuniti Ethereum perlu mencari nilai dan matlamat yang boleh dikongsi:

“Saya juga bimbang bahawa Preethi [Kasireddy] adalah betul tahun yang lalu apabila dia berkata kita perlu bercakap tentang nilai (sekali lagi) untuk mencari apa yang komuniti perlu pertahankan.”

Berikutan tweet kontroversial itu, pengguna terus mendakwa pembangun itu “mengkhianati” dan juga “sabotaj” Ethereum dari dalam dan mempunyai konflik kepentingan. Schoeden kemudiannya menerangkannya dalam perbincangan yang memaksanya berhenti daripada Ethereum:

“Saya tidak berhenti daripada media sosial, saya berhenti dari Ethereum. Saya tidak hilang, saya hanya meninggalkan komuntii. Saya tidak lagi menguruskan hard fork, membina testnet atau menyumbang. Saya tidak bekerja di Polkadot, tidak pernah, saya bekerja di Ethereum. Saya tidak membenci Ethereum, saya menyayanginya.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/parity-developer-quits-ethereum-projects-amid-outrage-sparked-by-recent-tweet

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.