Bank Pactual BTG Brazil akan Menambah Token Sekuriti ke Portfolio
Menurut pengumuman di terbitan blog, Banco BTG Pactual SA, adalah bank pelaburan terbesar Amerika Latin yang menyertai ruangan aset kripto dengan menambah token sekuriti kepada instrumen kewangan.
CEO BTG Pactual, Roberto Sallouti berkata:
“Teknologi yang berkaitan dengan penawaran ini membolehkan kami menjadi perintis dalam memberi akses kepada kelas aset yang sebelum ini sukar untuk diakses oleh pelabur harian global. Kami berterusan meneroka cara inovatif untuk mempromosi, mendekromasi dan menggalakkan pembangunan pasaran kapital dan kewangan.”
ReitBZ (RBZ) adalah token sekuriti baru yang boleh didapati di bank itu. RBZ adalah token sekuriti berdasarkan blockchain yang memberi pemiliknya akses kepada pasaran hartanah negara itu.
Untuk menyokong pelancaran token itu, bank itu merancang untuk mendapatkan $15 juta dalam penawaran token sekuriti (STO) untuk ReitBZ. Token itu direka bentuk sebagai sekuriti yang bersandarkan aset hartanah dalam negara dan adalah produk Kerjasama antara BTG Pactual dan Enforce, pengurus dalam aset Brazil.
STO itu akan membolehkan pelabur di mana-mana sahaja di dunia untuk akses token sekuriti ini yang pada asasnya mewakili pelaburan secara langsung ke dalam aset hartanah dalam negara itu berdasarkan penjimatan cukai dan struktur kos yang rendah. Bergantung kepada prestasi portfolio itu, pelabur akan menerima keuntungan berkala melalui pegedaran token.
André Portilho, ketua projek BTG Pactual berkata:
“Kami percaya ini adalah masa ideal untuk melabur dalam sektor hartanah Brazil. Dalam pandangan kami, kita dalam fasa awal pemulihan harga dan tesis pelaburan kami disokong oleh keadaan ekonomi negara dan kawal selia yang positif.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!