Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelabur Venture : Binance Penting untuk Kripto

 

Dalam beberapa minggu dan bulan yang lalu, bursa pertukaran kripto popular, Binance telah melancarkan beberapa usaha sama, membolehkan aset kripto rumahnya, BNB untuk naik lebih tinggi.

Namun begitu, ramai telah mula mempersoal daya maju jangka masa panjang matawang kripto itu, memandangkan Binance yang berdaftar di Malta akan terus mengurangkan struktur ganjaran bagi pemegang BNB di bursanya. Kyle Samani, rakan kongsi pengurusan kumpulan pelaburan blockchain Multicoin Capital, pula berkata kenaikan itu adalah penting untuk memastikan terdapat permintaan jangka masa panjang (dari segi nilai) untuk BNB.

Dia bercakap tentangnya dalam bebenang tweet:

Dia berkata bahawa visi jangka masa panjang Binance adalah melihat “semua nilai” dalam ekosistem yang besar dan berkembang “dimasukkan ke dalam BNB secara langsung.” Bursa pertukaran desentralisasi Binance, Chain dan DEX, didakwa adalah langkah pertama ke arah itu.

Samani memberi komen meskipun platform berdasarkan teknologi 0x telah gagal, oleh kerana yuran berkaitan pembatalan pesanan dan ketiadaan “pelaksanaan pesanan yang dikenal pasti”, Chain adalah penyelesaiannya. Bursa pertukara Chain akan menawarkan yuran yang “lebih rendah” daripada bursa pertukaran utama Binance, walaupun kelajuan perdagangan dan ciri-ciri lain adalah sama. Dalam erti kata lain, “Binance bermatlamat untuk disrupt dirinya sebelum orang lain.”

Pelabur itu juga menambah bahawa dari pandangan firmanya, Binance kekal sebagai “organisasi paling penting secara sistematik dalam kripto,” menunjukkan kelebihan Syarikat itu, reputasi yang positif, dan keuntungan yang signifikan (walaupun dalam keadaan pasaran menurun). Samani menambah bahawa dengan startup kripto itu melihat untuk melancarkan bursa token sekuriti melalui penguatkuasa Malta, selain projek lain, “peluang syarikat itu sangat besar.”

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/venture-investor-binance-systemically-important-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads