Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Yuran Transaksi Bitcoin Naik 5X sejak 1 Januari

 

Pada 22 Februari, yuran transaksi Bitcoin adalah pada paling mahal tahun ini. Ini adalah Kesnya apabila melihat yuran transaksi Bitcoin dalam BTC, dan/atau apabila membandingkan yuran kripto itu relatif dengan US Dollar.

Menurut BitcoinFees, purata kos untuk menghantar transaksi Bitcoin dalam blok seterusnya adalah 32 satoshi, sejak 23 Januari 2019. Satu satoshi adalah unit paling kecil Bitcoin, dan adalah satu per satu ratus juta coin itu.

Menghantar transaksi dalam blok seterusnya bermakna, secara teori, transaksi itu akan disahkan dalam masa 10 minit. Membenarkan transaksi untuk mengambil masa 30 minit (3 blok) akan mengenakan bayaran lebih kurang sama pada masa ini. Namun begitu, jika anda boleh tunggu sejam (atau 6 blok) transaksi itu akan mengenakan bayaran sekecil 7 satoshi setiap byte.

Memandangkan laman ini menganggar purata transaksi Bitcoin merangkumi 250 byte, ini bermakna yuran transaksi adalah lebih kurang USD$0.32 untuk mengesahkan transaksi itu dalam masa 10-30 minit, menurut kadar pertukaran semasa BTC ke USD.

Ini adalah satu penambahbaikan besar dari yuran transaksi Bitcoin pada penghujung 2017 dan awal 2018. Pada waktu itu, yuran transaksi boleh mencecah dua digit. Yuran transaksi termahal untuk dihantar dalam 30 minit adalah USD$37 pada 21 Disember 2017.

Memandangkan yuran transaksi bertambah apabila rangkaian menghadapi tekanan, ini bermakna apabila Bitcoin bertambah popular, yuran akan naik. Untuk menyelesaikan isu ini, penambahbaikan perlu dibuat kepada penskalaan Bitcoin.

Pada bulan Januari, LongHash melaporkan jumlah BTC yang diperlukan untuk menghantar transaksi adalah paling rendah dalam enam tahun. Membandingkan angka ini kepada yuran transaksi terbaru menunjukkan bagaimana yuran telah meningkan.

Pada awal tahun ini, yuran transaksi adalah serendah USD$0.05. Bagi pengguna yang sanggup tunggu sejam (6 blok), yuran transaksi adalah serendah USD$0.02. Ini menunjukkan yuran transaksi telah naik 500% kini berbanding pada awal tahun ini.

Sumber:

https://www.longhash.com/news/bitcoin-transaction-fees-are-up-more-than-5x-since-january-1

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads