Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penjualan Ethereum Melalui ICO Jatuh kepada Hanya 30,000 ETH setiap Bulan

 

ICO telah menjual jumlah ETH dalam 30 hari yang sama yang pernah dijual dalam 1 hari, menurut data blockchain oleh Santiment. Hanya 28,500 ETH yang berjaya masuk ke dalam pasaran dalam masa 30 hari, angka terkecil sejak Santiment mula mengeluarkan data ini tahun yang lalu.

Bancor adalah penjual terbesar di 8,500, diikuti SinguralDTV menjual 4,000. Selebihnya pula memegang coin mereka berbanding menjualnya secara besar-besaran tahun lalu.

ICO baru-baru ini menjual sebanyak 750,000 Eth pada bulan November dan Disember. Malah jumlah sebanyak 45,000 eth pernah dijual pada 14 Disember 2018. Namun begitu, nampaknya jumlah jualan ini sudah berhenti.

Mereka masih memegang kombinasi 2.7 juta ether, namun begitu angka itu tidak bergerak kerana ICO baru yang memasuki pasaran, dan kini ia semakin jatuh.

Ia tidak berapa jelas mengapa penjual eth telah jatuh secara drastik dalam masa yang singkat. Satu sebab adalah kerana jumlah tinggi sebelum ini disebabkan kepelbagaian. Kini hampir semua daripadanya telah menyimpan fiat, mungkin sebab itu mereka tidak perlu menjual lagi.

Satu lagi sebab adalah mereka menunggu harga naik dan sebab lain adalah mereka menjadikannya kolateral dan bukannya menjualnya.

Contohnya, Request Network baru-baru ini menjadikan Eth bernilai $2 juta kolateral melalui DAI. Projek-projek seperti ini menyimpan eth dan menerima dalam bentuk DAI dalam lebih kurang 1/3 daripada eth yang disimpan dalam USD jika mereka menggunakan buffer sebanyak 300%.

Sumber:

https://www.trustnodes.com/2019/02/24/ethereum-selling-by-icos-dwindles-to-just-30000-eth-a-month

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads