Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Coinbase Wallet akan Menyokong Litecoin dalam versi Android dan iOS

 

Pada 22 Februari, Coinbase mengumumkan sokongan Litecoin untuk “wallet Coinbase”, aplikasi “wallet matawang kripto yang dikawal pengguna” popular untuk iOS dan Android.

Coinbase menerangkan perbezaan antara Coinbase Consumer dan Coinbase Wallet. coinbase.com (“Coinbase Consumer) adalah “broker matawang digital.” Ia juga boleh “menjadi penjaga, menyimpan matawang digital anda selepas anda membelinya.” Manakala Coinbase Wallet pula adalah “wallet matawang digital yang dikawal pengguna dan pelayar DApp,” yang bermakna “dengan Wallet ini, private keys disimpan secara langsung dalam peranti anda dan tidak dengan bursa pertukaran berpusat seperti Coinbase Consumer.” Akaun Coinbase Consumer tidak diperlukan jika anda ingin menggunakna Coinbase Wallet, dan anda boleh muat turunnya di mana sahaja.

Coinbase Wallet adalah aplikasi mudah alih yang pada awalnya hanya meyokong Ethereum dan token ERC20 dan ERC721. Pada 26 November 2018, sokongan untuk Ethereum Classic ditambah. Pada 5 Februari, sokongan untuk Bitcoin diumumkan. Dua minggu kemudian, Coinbase menambah sokongan untuk Bitcoin Cash. Dan Bermula 22 Februari, ia memperkenalkan sokongan untuk menyimpan, menghantar dan menerima Litecoin.

Menurut terbitan blog oleh Coinabse Wallet Product Lead, Siddharth Coelho-Prabhu, kemas kini ini akan “dilancarkan kepada pengguna di iOS dan Android dalam beberapa minggu akan datang.” Sokongan LTC “diaktifkan secara otomatik – anda hanya perlu klik ‘Receive’ di tab main wallet dan memilih Litecoin untuk menghantar LTC ke Coinbase Wallet anda.”

Dia juga berkata “Coinbase Wallet menyokong format alamat Segwit untuk yuran pelombong yang rendah, dan juga alamat Legacy,” dan Coinbase Wallet juga “menyokong Litecoin Testnet untuk membantu pembangun dan pengguna tenaga (untuk pindah ke testnet, anda perlu pergi ke “Advanced Settings”. Dan akhir sekali, kumpulan itu akan “menambah sokongan untuk Protokol Pembayaran JSON di masa depan.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/coinbase-wallet-to-support-litecoin-ltc-in-both-ios-and-android-versions/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.