Default – Above Header Ads

Tom Lee: Bitcoin Akan Mengakhiri 2019 dengan Positif, Lebih Tinggi dari $3,900

 

Pasaran kripto telah mengalami kerugian dalam tahun yang lalu, tetapi seperti akan pulih. Harga Bitcoin akhirnya melepasi tahap rintangan $4k, satu perkembangan yang ramai penganalisa berkata akan menentukan hala tuju kripto itu kepada harga lebih tinggi.

Seperti yang dijangka, tokoh besar ruangan kripto telah melihat perkembangan positif itu, dan salah seorang daripadanya adalah Tom Lee. Tom adalah CEO Fundstrat Global Advisors, dan dia telah lama bullish tentang Bitcoin walaupun dalam keadaan pasaran menurun.

Bercakap dalam temubual di Blockchain Economy Istanbul Summit, Lee menyatakan dia optimistik dengan masa depan Bitcoin. Tom bercakap semasa Bitcoin baru sahaja mencecah $3,900. Menurutnya, harga $3,900 itu hanyalah permulaan dan Bitcoin menghala ke harga yang lebih tinggi menjelang akhir tahun.

Menurut Tom, perkembangan pasaran global, khususnya pasaran saham, pasti akan memberi kesan positif kepada Bitcoin. Malah, dollar yang stabil juga adalah berita baik dalam pasaran Bitcoin.

Memberi komen tentang isu kelulusan Bitcoin ETF, Tom mempunyai pandangan radikal. Dia merasa Bitcoin ETF tidak akan diluluskan di tahun 2019. Dia berkata Walaupun ETF bagus untuk Bitcoin, kripto tidak memerlukan ETF untuk berjaya dalam pasaran. Pada masa ini, terdapat dua aplikasi ETF yang sedang menunggu keputusan SEC – satu daripada NYSE dan satu lagi dari CBOE. 

Sewaktu ekonomi dunia sedang melihat kemungkinan kegawatan, Tom Lee menganggap senario itu mungkin memberi kelebihan kepada Bitcoin. Dalam pandangannya, kegawatan ekonomi mungkin akan membawa orang ramai untuk lebih minat kepada matawang kripto, satu langkah yang akan meningkatkan permintaan dan akhirnya meningkatkan harga. Namun begitu, dari segi jumlah perdagangan, Tom Lee menganggap tiada perubahan.

Sumber:

https://zycrypto.com/tom-lee-bitcoin-will-end-2019-on-a-high-note-strikingly-much-higher-than-3900/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.