Arsenal FC Bekerjasama dengan Fantastec untuk Melancarkan Aplikasi Koleksi Blockchain
Fantastec baru-baru ini mengumumkan perjanjian perlesenan pertamanya dengan kelab Liga Premier Arsenal FC untuk aplikasi kolesi asli berdasarkan blockchain yang dinamakan Fantastec SWAP.
Fantastec adalah inovator teknologi peminat sukan yang beroperasi di London, dan aplikasi ‘SWAP’ akan mempunyai tarikan kepada peminat sukan, gamers dan pengumpul kad sukan seluruh dunia.
Fantastec SWAP membuka kandungan kelab yang unik dan asli melalui aplikasinya, seperti autograf pemain dan rakaman eksklusif. Dengan teknologi blockchain inovatif, peminat kelab seluruh dunia boleh mencari, mengumpul dan bertukar koleksi kelab berlesen dengan peminat lain dengan sepenuh kepercayaan.
Aplikasi ini menggalakkan peminat membina koleksi pemain mereka dengan membeli pek kumpulan dalam aplikasi, dan menukarnya dengan peminat lain seluruh dunia. Koleksi yang Penuh akan mendapat ganjaran daripada kumpulan itu dan membolehkan peminat maju ke hadapan kepada tahap yang lebih sukar untuk mengumpul koleksi yang lebih rare dan menambah ganjaran.
Platform blockchain unik itu menawarkan rangkaian sosial untuk membolehkan peminat berhubung dan bertukar koleksi sesama sendiri dengan keyakinan dan kepercayaan yang sama jika mereka bertemu secara fizikal. Ini adalah sangat penting terutama apabila bertukar autograf pemain yang unik.
“Kami membina Fantastec SWAP dengan ekosistem blockchain yang kuat dalam terasnya, dengan infrastruktur yang cukup dan standard keselamatan yang digunakan oleh Bank of England. Blockchain menggunakan matematik dan enkripsi untuk memastikan semua perdagangan adalah adil dan benar, jadi sesiapa sahaja di dunia boleh bertukar barangan bernilai online dengan yakin,” menurut Simon Woollard, rakan kongsi produk di Fantastec.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!