Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bekas Eksekutif Goldman Sachs Menyertai Hedge Fund Blockchain

 

Bekas eksekutif Goldman Sachs Marco Lim dilaporkan dilantik sebagai rakan kongsi pengursan di hedge fund yang fokus pada matawang kripto dan blockchain yang beroperasi di Hong Kong, Mai Capital, menurut Finance Magnates pada 25 Februari.

Sebelum menyertai MaiCapital, Lim juga berkhidmat di Deustche Bank, Credit Suisse dan Forex Capital Markets, mempunyai kepakaran dalam penjualan pertukaran matawang asing, menurut profil LinkedIn Lim. Di MaiCapital, Lim dijangka akan membawa kepakarannya dalam jualan dan pemasaran untuk mengembangkan syarikat itu.

Benedict Ho, pengasas bersama dan Pengarah Urusan di MaiCapital memberitahu Finance Magnates bahawa “Marco akan tertumpu pada pemasaran dan penubuhan kerjasama strategik untuk MaiCapital dan syarikat kumpulannya yang lain. Hubungan bank pelaburannya dan pengalaman pasarannya akan meletakkan MaiCapital di hadapan dalam ruangan pengurusan aset digital.”

Ruang blockchain dan matawang digitalbaru-baru ini telah melihat beberapa pelantikan individu yang sebelum ini bekerja dalam sektor kewangan tradisional. Awal bulan ini, bekas eksekutif JPMorgan Chase, Etienne Amic telah dilantik sebagai CEO baru di Vakt, platform lepas perdagangan komoditi berdasarkan blockchain. Selain itu, bursa pertukaran kripto ErisX melantik tiga veteran dari Barclays, YouTube dan Chicago Board Options Exchange (CBOE) untuk memenuhi peranan eksekutif dalam syarikat itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/former-goldman-sachs-exec-joins-blockchain-focused-hedge-fund

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads