Default – Above Header Ads

Coinbase Pro Menambah Sokongan untuk XRP

 

Coinbase Pro, platform perdagangan kripto profesional yang beroperasi di Amerika Syarikat dan perkhidmatan wallet Coinbase akan menambah sokongan untuk token Ripple, XRP. Coinbase mengumumkan perkembangan ini dalam terbitan blog rasmi pada 25 Februari.

Menurut pengumuman itu, Coinbase Pro kini menerima deposit dalam XRP untuk minima 12 jam sebelum membolehkan perdagangan. Coinbase berkata ia akan menubuhkan kecairan yang mencukupi dalam platform itu, membuka pasangan perdagngan US Dollar, Euro dan Bitcoin dalam fasa.

Perdagangan XRP sepenuhnya akan boleh didapati oleh pengguna di AS, Kanada, EU, UK, Singapura dan Australia. Coinbase mungkin akan mengembangkan perkhidmatannya ke negara lain di masa akan datang.

Perdagnagn XRP akan melalui empat tahap, yang termasuk “pemindahan-sahaja”,”paparan-sahaja”, “limit-sahaja” dan “perdagangan penuh”. Dua tahap yang pertama membolehkan pengguna memindahkan XRP ke akaun Coinbase Pro dan memapar pesanan limit, dan dua seterusnya membolehkan pengguna memadankan pesanan limit dan berdagang sepenuhnya dengan XRP.

Penambahan XRP ke Coinbase adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu komuniti kripto. Pada Ogos 2018, ia menambah sokongan untuk ETC, diikuti BAT dan Zcash di November. Sokongan token-token itu kemudiannya dikembangkan ke coinbase.com dan aplikasi mudah alih.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-pro-adds-support-for-xrp

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.