Default – Above Header Ads

Pegawai Rusia Ingin Esktradisi Penipu Bitcoin Alexander Vinnik

 

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Rusia, Tatyana Moskalkova telah memohon Menteri Kehakiman Greece Michalis Kalogirou untuk menyerahkan Alexander Vinnik yang didakwa adalah bekas operator bursa pertukaran kripto yang telah tutup, BTC-e, kepada Rusia. Berita itu dilaporkan oleh media berita Rusia TASS pada 25 Februari.

Dalam surat kepada Kalogirou, Moskalkova dilaporkan memohon Menteri itu untuk menyerahkan Vinnik kepada Rusia berikutan keadaan kesihatannya yang semakin teruk dan prosiding jenayah institusi terhadapnya di Rusia. Minggu yang lalu, Moskalkova dilaporakan melawa Vinnit di hospital Greece, di mana dia meyakinkan Vinnik untuk mengakhiri mogok lapar yang dia mulakan pada bulan November 2018. 

Surat itu berkata;

“Saya memohon kepada anda, tuan Menteri, untuk menyerahkan Alexander Vinnik, rakyat Russian Federation – di mana dia menghadapi prosiding jenayah di Russian Federation, dan kini dalam keadaan keluarga yang sukar dan kesihatan yang tenat – kepada Rusia untuk penyiasatan selanjutnya dalam kesnya.”

Sejak permulaan mogok lapar, Vinnik telah kehilangan dalam 30 peratus beratnya dan kini mendekati kematian. Moskalkova juga menghantar surat kepada Presiden Komiti Antarabangsa Red Cross, Peter Maurer, Menteri Kesihatan Greece, Andreas Xanthos dan Ombudsman Greece, Andreas Pottakis, meminta mereka untuk memberi Vinnik bantuan perubatan berikutan mogok lapar.

Vinnik, bekas pemilik bursa pertukaran BTC-e, ditahan oleh polis Greece pada Julai 2017 di bawah arahan Jabatan Penghakiman AS. Penguatkuasa membuat tuduhan penipuan dan penggubahan wang haram dalam Bitcoin sebanyak $4 bilion dalam masa enam tahun.

Pada waktu itu, penguatkuasa Perancis juga menuduh Vinnik “menipu lebih 100 orang dalam enam bandar Perancis antara 2016 hingga 2018.” Rusia dan Perancis sejak itu memohon ekstradisi defendan berkaitan pertuduhan penipuan yang lain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-official-seeks-extradition-of-alleged-bitcoin-fraudster-alexander-vinnik

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.