Default – Above Header Ads

Bekas Menteri Rusia Melancarkan Matawang Kripto untuk Menentang US dollar

 

Bekas Menteri Tenaga Rusia, Igor Yusufov dilaporkan mengumumkan matawang kripto bersandarkan minyak untuk melepasi sekatan perdagangan dan kewangan. Pelaburan korporat Yusufov Eneregia kini dalam fasa terakhir dalam membangunkan roadmap untuk aset digitalnya.

Menurut laporan media berita tempatan, Rambler, Yusufov percaya matawang kripto itu boleh menjejaskan pengaruh US Dollar kepada komuniti antarabangsa dan membantu negara berurusan dengan naik turun harga fiat.

Yusufov berkata:

“Pengenalan sistem penyelesain dalam matawang kripto di pasaran tenaga secara teori membolehkan kami mengelakkan kos berkaitan dengan penggunaan matawang yang tidak mempunyai sandaran – naik turun kadar pertukaran yang tidak dijangka, komisyen untuk pertukaran matawang, sekatan perdagangan. Projek seperti ini akan memberi sumbangan signifika kepada pembangunan ekosistem digital Rusia dan antarabangsa dan meletakkan tahap baru untuk infrastruktur komersial, penggunaan blockchain dan smart contract untuk perkhidmatan bukan kewangan.

Dalam situasi semasa pasaran minyak dan ketidakstabilan pembayaran dalam dollar – logik pembangunan ekonomi digital untuk skala global menunjukkan arah pembangunan ini. Selepas pelancaran platform matawang kripto ini, negara yang mengeluarkan minyak akan boleh berurus walaupun dengan sekatan kewangan dan perdagangan, yang terlebih banyak baru-baru ini.”

“Ahli negara OPEC+ menguasai lebih 2/3 rizab minyak dunia. Persatuan seperti ini untuk kepentingan mereka bukan hanya logik tetapi boleh dijustifikasi dari segi ekonomi.”

Dia berkata matawang kripto bersandarkan minyak boleh membina struktur yang boleh dipercayai untuk pasaran kripto. Dia juga mencadangkan sistem penyelesaian matawang kripto untuk sumber asli lain.

Menurut Yusufov, projek itu akan dilancarkan di Commonwealth Independent States (CIS) termasuk Armenia, Azerbaijan, Belarus, Gerogia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/02/25/former-minister-of-russia-launching-cryptocurrency-to-challenge-us-dollar-and-bypass-restrictions/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.