Electroneum Melancarkan Telefon Pintar $80 yang Memberi Ganjaran Kripto kepada Pengguna
Startup blockchain Electroneum baru sahaja melancarkan telefon pintar Android yang murah yang memberi ganjaran matawang kripto kepada pengguna.
Mengumumkan berita itu pada hari Isnin, firma itu berkata M1 terbarunya adalah telefon pintar yang mempunyai Google Mobile Service (GMS) yang datang dengan integrasi teknologi cloud mining membolehkan pengguna mendapatkan kripto melalui aplikasi itu.
Telefon pintar bernilai $80 itu akan pada pelancaran hanya melombong token Electroneum ETN, dengan pulangan bulanan sehingga $3. Apabila dipasang, perlombongan boleh dijalankan offline, menurut firma itu.
Token ETN yang diperoleh pengguna boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan seperti topup, perkhidmatan online dan membeli belah. Ia juga boleh dijual di bursa pertukaran, 1 ETN bernilai dalam $0.0073 sewaktu penulisan, menurut data dari CoinMarketCap. Ia mempunyai modal pasaran sebanyak $65 juta kini.
M1 menawarkan 4G, 8 GB-32 GB ruang penyimpanan dan dua slot SIM, dan dikuasakan pemproses Quad Core 1.3 Ghz. Kamera telefon pintar itu adalah 5 MP di belakang dan 2 MP di hadapan.
Ia ditawarkan pada harga “reconditioned handset” kerana Electroneum ingin mensasarkan negara sedang membangun dan mengembangkan penggunaan blockchain dan matawang kripto. Dalam sesetengah negara, firma itu Mungkin meletakkan harga yang lebih rendah, dalam $60.
“Untuk permulaan, kami akan menjual M1 di Afrika Selatan, kerana ini adalah pasaran pelancaran pertama kami,” menurut Nick Cook, ketua operasi di Electroneum. “M1 akan dijual melalui peniaga tempatan.”
Cook juga berkata telefon pintar itu akan dijual di Amazon di Afrika Selatan dalam minggu-minggu akan datang.
Sumber:
https://www.coindesk.com/electroneum-launches-80-smartphone-that-mines-crypto
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!