Default – Above Header Ads

Pengasas Bersama Apple Steve Wozniak: Kita Telah Melihat Penciptaan Nilai Besar dalam Bitcoin

 

Pengasas bersama Apple Steve Wozniak menyatakan bahawa “kita semua telah melihat penciptaan nilai besar” apabila ditanya tentang potensi Bitcoin dalam temubual bersama Bloomberg yang diterbitkan pada 26 Februari.

Apabila Bloomberg bertanya kepada Wozniak jika dia menjangka Bitcoin akan menjadi matawang dunia di masa hadapan – idea yang dinyatakannya pada bulan Jun tahun lalu – selepas “melihat kejatuhan nilai teruk dalam Bitcoin”, usahawan itu berkata:

“Saya tidak pasti saya percaya kita telah melihat kejatuhan nilai yang teruk, saya rasa kita telah melihat penciptaan nilai yang besar.”

Pengasas bersama Apple memberi hujah bahawa selalunya psikologi akan menyebabkan kejatuhan pasaran, dengan ketakutan sebahagian daripada penentu harga. Wozniak menjelaskan bahawa dia tidak berminat dengan Bitcoin “sebagai pelabur” dan dia “hanya mempunyai Bitcoin sebagai eksperimen”, menjelaskan dia telah menggunakan kripto itu sebagai bentuk pembayaran.

Wozniak juga berkata dia telah menjual semua Bitcoinnya “semasa ia naik tinggi,” mengulangi apa yang dikatakan pada bulan Januari:

“Saya tidak mahu termasuk dalam mereka yang sentiasa melihat harga Bitcoin, jadi saya jual semuanya.”

Jurutera itu menambah dia tidak pernah melabur dalam salah atau menggunakan aplikasi saham Apple.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/apple-co-founder-steve-wozniak-on-bitcoin-weve-seen-massive-value-creation

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.