University Nasional Singapura dan Firma Teknologi China akan Mengkaji Blockchain
Universiti Nasional Singapura (NUS) akan bekerjasama dengan syarikat teknologi China untuk mengkaji dan membangunkan penyelesaian blockchain, menurut berita tempatan China People’s Daily Online pada 26 Februari.
Sebagai sebahagian daripada seminar big data dan blockchain di bandar Chongqing di Wilayah Sichuan, NUS akan bekerjasama dengan perniagaan tempatan Chongqing Jinwowo Technologies (CJT) untuk inovasi yang melibatkan big data dan AI.
“Kerjasama strategik ini akan bekerja dalam big data,AI, teknologi blockchain dan sebagainya,”menurut profesor Pang Yan, tenaga pengajar di NUS School of Business and Computer Science dan juga pengarah Commercial Big Data Analysis Center.
Seminar itu juga melihat penyampaian Chongqing Blockchian Industry Innovation Alliance, entiti yang membentuk persatuan blockchain pertama dalam kawasan itu.
NUS akan memainkan peranan teknikal dalam kerjasama itu, dan dilaporkan akan membantuk menyelesaikan isu dengan alatan baru dan kepakarannya.
Awal bulan ini, pertubuhan pendidikan China telah meneruskan penyelidikannya dalam blockchain, dengan Fuden University membuka Pusat Penyelidikan Blockchain.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!