Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Dana Harta Singapura, GIC, Antara Pelabur dalam Kutipan $300 juta Coinbase

 

Government Investment Corporation (GIC) Singapura dilaporkan Antara pelabur yang membantu dalam kutipan sebanyak $300 juta untuk pembekal wallet kripto dan perkhidmatan pertukaran Amerika Syarikat, Coinbase pada tahun 2018. Bloomberg melaporkan berita itu pada 28 Februari, memetik sumber anonymous yang tahu tentang perkara itu.

Menurut laman web rasminya, GIC – yang ditubukan untuk mengurus rizab antarabangsa Singapura – mempunyai aset bernilai lebih $100 bilion di 40 negara seluruh dunia.

Seperti yang dilaporkan, Coinbase mendedahkan ia telah mengutip sebanyak $300 juta dalam pusingan kutipan ekuiti Series E pada bulan Oktober 2018, membawa penilaiannya pada waktu itu kepada $8 bilion.

Dengan pusingan yang diketuai oleh firma pelaburan Tiger Global Management, Coinbase juga mendedahkan beberapa nama terkemuka pelabur kripto seperti Y Combinator Continuity, Wellington Management, Andreessen Horowitz dan Polychain. Pada waktu itu, GIC tidak dinamakan.

Sewaktu penulisan, kedua-dua GIC dan Coinbase belum memberi respon kepada permohonan Cointelegraph untuk komen.

Bloomberg juga melaporkan tentang dokumen yang dilihat oleh agensi itu tahun yang lalu, yang dikatakan menunjukkan bahawa Coinbase meramalkan keuntungan 2018 pada $1.3 bilion – yang diperoleh dari komisyen platform perdagangan dan aset kriptonya.

EXMO affiliate program

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada November 2018, GIC telah menyertai firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings Pte dalam menyokong konsortium perbankan gliba dan firma software blockchain, R3.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-singapores-wealth-fund-gic-among-those-to-raise-300-mln-for-coinbase-in-2018

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads