Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Pelaburan Kripto, Circle Ingin Mengutip Dana Sebanyak $250 juta

 

Ditubuhkan pada tahun 2013, firma fintech yang beroperasi di Boston, Circle Internet Financial, dilaporkan mencari untuk mengutip dana sebanyak $250 juta untuk mengembangkan operasi dan penawaran produknya.

Menurut laporan yang diterbitkan pada 2 Mac oleh The Information, pusingan dana Circle akan merangkumi pembiayaan ekuiti dan pinjaman. Sehingga kini, Circle telah mengutip dana sebanyak $246 juta dari beberapa firma pelaburan besar termasuk bank pelaburan Wall Street, Goldman Sachs, the Digital Currency Group dan Pantera Capital.

Dalam pusingan dana Series E terbarunya, Circle memperoleh pelaburan sebanyak $110 juta dari beberapa pelabur dengan penilaian hampir $3 bilion. Keputusan Circle untuk mengutip dana tambahan sebelum IPOnya mungkin adalah sebahagian daripada strategi bisnes syarikat itu untuk memperoleh bahagian pasaran lebih besar daripada Coinbase dan firma kripto yang lain.

Pada awal Januari 2019, Circle mendedahkan bahawa ia telah menjalankan perdagangan matawang kripto berjumlah $24 bilion melalui kaunter OTC. Menurut terbitan blog rasmi pengasas Circle, Sean Neville dan Jeremy Allaire, syarikat itu telah membantu memproses lebih 10,000 perdagangan OTC berkaitan 36 aset kripto dengan 600 pihak berbeza.

Seperti yang diterangkan dalam blog Circle, firma teknologi pembayaran itu menawarkan kecairan kepada bursa pertukaran aset kripto besar, pelombong kripto dan pembangun projek blockchain. Firma kewangan berfokuskan kripto itu juga menawarkan perkhidmatan kecairan kepada “pelabur aset kripto baru termasuk VC, dana kripto, hedge fund dan pejabat keluarga” seluruh dunia.

Seperti yang dilaporkan CryptoGlobe baru-baru ini, Circle juga merancang untuk menentang taktik manipulasi pasaran kripto termasuk insider trading dan skim “pump and dump” melalui alat pemantauan pasaran yang canggih. Firma teknologi pembayaran itu dilaporkan ingin menggunakan alatan firma perkhidmatan kewangan digital Nice Actimize untuk menghalang aktiviti ekspoitasi dalam pasaran kripto yang tidak stabil.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/crypto-investment-firm-circle-seeking-250-million-in-additional-capital-ahead-of-possible-ipo/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads