Penguatkuasa Kewangan Taiwan akan Menubuhkan Mekanisme Kutipan Dana STO Tahun Ini
Financial Supervisory Commission (FSC) Taiwan akan menubuhkan mekanisme kutipan dana untuk STO, menurut artikel yang diterbitkan oleh berita kewangan tempatan Taiwan Economic Daily pada 4 Mac.
FSC, agensi persendirian kerajaan di bawah Eksekutif Yuan dari Republik China (Taiwan), telah mendedahkan perancangan untuk implementasi mekanisme kutipan dana berkaitan STO. Simposium yang bertujuan untuk mendengar pendapat daripada pengamal industri tentang isu itu yang dijadualkan pada penghujung bulan April tahun ini, dengan perancangan untuk menubuhkan standard pengeluaran yang relevan menjelang penghujung Jun 2019.
Gu Lixiong, pengerusi FSC Taiwan, menekankan bahawa akan terdapat bursa pertukaran yang berbeza untuk STO tidak terhad kepada bursa pertukaran saham sedia ada. Dia juga menambah:
“STO adalah produk terbaru generasi seterusnya dalam pasaran kapital, yang akan memberi impak kepada populariti kumpulan kreatif baru Taiwan dalam pasaran antarabangsa dalam masa lima hingga sepuluh tahun.”
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada 24 Oktober, penguatkuasa kewangan Taiwan telah mendedahkan perancangan untuk mengeluarkan peraturan rasmi untuk ICO menjelang Jun 2019, menterbalikkan polisi tidak campur tangan yang digunakan pada tahun 2017, menurut pengerusi FSC.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!