Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Laman Web Cryptopia Dilancarkan Selepas Penangguhan

 

Bursa pertukaran kripto yang digodam baru-baru ini telah melancarkan semula laman webnya dalam format read-only, pada masa yang sama mengembalikan baki pengguna kepada keadaan sebelum serangan itu, menurut tweet bursa itu pada 5 Mac.

Berikutan pengumuman minggu lalu tentang pelancaran bertarikh 4 Mac, Cryptopia menangguhkan pelancaran semula itu sehingga keesokannya. Dalam tweet terbaru syarikat itu, Cryptopia mengesahkan bahawa ia akan menggunakan baki pengguna yang dipegang sejak 14 Januari untuk mengira rebat seterusnya.

Bursa itu melaporkan bahawa mereka sedang menyelaraskan proses rebat untuk pengguna yang terjejas, dan merancang untuk mengeluarkan maklumat lanjut dalam masa terdekat. Buat masa ini, Cryptopia merekomen pelanggan membuat kembali kata kunci dan pengesahan dua-faktor mereka.

Berikutan serangan yang menyebabkan kerugian berjumlah $16 juta pada pertengahan Januari, Cryptopia kekal dalam mod penyelenggaraan selepas Poliz New Zealand melaporkan bursa pertukaran itu bersedia untuk menyambung operasi pada 13 Februari. Memberi respon kepada berita itu, Cryptopia menerangkan bahawa ia tidak boleh meneruskan operasi perdagangan sehingga bursa itu boleh mengenal pasti kerugian mereka dan memastikan baki yang ada selamat.

Selepas berita awal mengenai kes godaman itu, bukti lanjut muncul mengatakan bahawa penggodam telah mengeluarkan aset kripto daripada bursa itu paling lambat dua minggu kemudian.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/cryptopia-website-goes-live-after-slight-delay-user-balances-held-from-pre-hack-state

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.