Default – Above Header Ads

CEO Ripple: Bank Lain tidak akan Menggunakan JPM Coin

 

Brad Garlinghouse, CEO startup blockchain, Ripple yang beroperasi di San Francisco, memuji JP Morgan Chase kerana mencipta stablecoin sendiri, sebelum mengatakan kemungkinan bank lain untuk menggunakan stablecoin itu amat tipis dan mempersoalkan fungsinya.

Semasa perbualan fireside di Blockchain Summit di Washington yang dianjurkan oleh Chamber of Digital Commerce, Garlinghouse berkata ia “sangat bagus” untuk pemain kewangan utama seperti JP Morgan “mula masuk”.

Namun dia menambah:

“Itu sahaja perkara baik yang saya boleh katakan tentang ini.”

Syarikat Garlinghouse yang menggalakkan institusi kewangan untuk menggunakan teknologinya untuk pembayaran – termasuk produk yang menggunakan matawang kripto XRP – mempersoalkan prospek JPM Coin.

Di satu lagi persidangan minggu yang lalu, Garlinghouse mengatakan,”Salah seorang pekerja Morgan Stanley sedang menemubual saya, dan saya bertanya, “Jadi, Adakah Morgan Stanley akan menggunakna JPM Coin?’ Dan dia berkata ‘mungkin tidak’. Jadi, Adakah Citi akan menggunakan JPM Coin? BBVA? PNC? Jawapannya adalah tidak.”

Jadi, menurut Garlinghouse, bank yang mencipta stablecoin sendiri berisiko mendatangkan kembali masalah yang DLT cuba selesaikan.

“Adakah ini bermakna kita akan mempunyai beberapa coin yang berbeza? Adakah kita akan kembali ke mana kita berada dengan ketiadaan kebolehoperasian? Saya tidak faham.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/ripple-ceo-brad-garlinghouse-on-jpm-coin-other-banks-wont-use-it

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.