Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa itu teknologi Blockchain secara mudah?

Apa itu teknologi Blockchain secara mudah?

Kita semua tahu bahawa Bitcoin adalah produk teknologi Blockchain. Segala kehebatan dan kelebihan Bitcoin sebenarnya adalah ciri-ciri teknologi Blockchain. Dan kini teknologi Blockchain sudahpun diiktiraf oleh pelbagai industri sebagai sesuatu teknologi yang hebat selepas penciptaan Internet. Bitcoin dibangunkan dan digunakan untuk tujuan kewangan, tetapi teknologi Blockchain boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Pembaca boleh mengikuti perbincangan aplikasi dan kegunaan Blockchain oleh Remei.

Sejarah

Teknologi Blockchain ini dikatakan dikeluarkan di atas kertas putih (whitepaper) oleh seseorang individu atau satu kumpulan individu (masih tidak diketahui identiti) yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto dengan idea untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat tanpa boleh ditiru atau diubah, pada masa yang sama dijamin privasinya. Boleh disimpulkan bahawa teknologi Blockchain merangka sebuah legasi sistem yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  1. Boleh dikawal dan diselia oleh semua orang di dalam jaringan tersebut
  2. Tidak akan gagal walaupun sekali (melainkan internet musnah, sangat mustahil)
  3. Telus dan berintegriti
  4. Tidak akan dan tidak boleh korup

Daripada ciri-ciri di atas, Blockchain dikenali sebagai “decentralized system” dan “open ledger system”.

Daripada idea tersebut lahirlah Bitcoin yang telah menjadi kepercayaan nombor satu dunia sebagai emas digital masa kini.

Bagaimana Blockchain berfungsi?

(Bagaimana Blockchain bekerja)

Blockchain berfungsi sebagai pengkalan data (database) terbuka yang mana semua dan setiap maklumat dikongsi dan melalui setiap rantai penyertaan yang dipanggil “node”. Inilah yang dipanggil “decentralized system”. Tiada central server, tiada pemilik sistem dan tiada pengawal sistem.

Maka segala maklumat atau data dapat dilihat dan disemak oleh mereka yang berada dalam rantaian tersebut. Tiada kerahsiaan di dalam perjalanan sistem Blockchain. Inilah yang digelar “open ledger system’.

Tidak seperti sistem berpusat (centralized system) seperti bank. Duit yang kita simpan di dalamnya, adakah benar-benar telus dan selamat? Adakah ia tidak dicuri atau digunakan di tempat lain? Inilah kelemahan sistem berpusat, “ledger” juga boleh diisi dan diubah oleh entiti yang menjaganya tanpa pengetahuan kita. Sistem itu dikawal mereka, sudah pasti mudah untuk ia dimanipulasikan.

Analogi

Kenapa kita perlukan pegawai keselamatan di rumah atau di taman-taman perumahan? Bukankah menjaga keselamatan adalah tanggungjawab diri sendiri? Jawabnya kerana kita tidak punya masa dan tenaga untuk menjaganya. Maka kita mengupah syarikat keselamatan untuk menjaga keselamatan kita atau taman kita bagi pihak kita.

Tetapi jika kita punya masa dan tenaga untuk kita sendiri menjaganya, ianya pilihan yang terbaik bukan? Kita tidak tahu sejauh mana jujur dan amanahnya para pekerja keselamatan. Mereka tidur, mereka ponteng, juga pernah terjadi pegawai keselamatan yang membuat onar seperti mengendap dan mencuri.

Begitu jugalah sebab kita perlukan bank dan badan amanah lain, kerana kita tidak mampu menjaga wang atau maklumat kita seperti bank atau lain-lain entiti. Tetapi, jika kita mampu menjaga sendiri, adakah ianya bukan pilihan yang baik? Sudah pasti ia jauh paling baik. Ia jauh lebih berintegriti jika kita yang menjaganya secara 100%, sekurang-kurangnya perjalanan wang atau maklumat kita boleh dikawal dan diselia oleh kita sendiri.

Begitulah teknologi Blockchain, ia sebuah sistem yang menjadi mata, telinga dan pintu untuk kita mengakses segala perjalanan sesebuah tranksaksi tanpa perlu kita mengharapkan pihak ketiga atau pihak lain.

Kehadiran teknologi Blockchain telah menamatkan era zaman idea sistem berpusat! Era sistem berkomuniti dan maklumat terbuka adalah masa depan. Anda boleh bermula dengan Bitcoin dahulu.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads