Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa Cerita Ethereum Dengan Constantinople?

Siapa yang mengikuti perkembangan Ethereum pasti tahu tahun 2019 adalah tahun yang sibuk untuk komuniti Ethereum yang sedang bersiap sedia untuk masuk ke dalam fasa Serenity. Banyak yang telah berubah sejak tahun 2018 dan komuniti Ethereum telah menghadapi pelbagai cabaran termasuk penangguhan, penambahan masa, perubahan prioriti dan macam-macam lagi.

Apa it Ethereum 2.0?

Sejak kebelakangan ini, ramai yang menyebut tentang Ethereum 2.0. Ethereum 2.0 sebenarnya adalah roadmap baru yang dilancarkan oleh pembangun teras Ethereum. Namun begitu, ramai yang keliru dengan apa sebenarnya Ethereum 2.0 itu.

Adakah ianya hardfork? Bagaimana pula dengan perancangan asal Ethereum untuk fasa Serenity? Apa kaitannya dengan Constantinople?

Ethereum 2.0 akan melibatkan beberapa kemas kini yang akan membawa kepada versi Ethereum yang lebih lancar, efisyen dan berskala. Antara naik taraf utama yang dijadualkan dalam Ethereum 2.0 termasuk:

  1. Sharding
  2. Proof of Stake dan Beacon Chain
  3. eWasm
Bitcoin Exchange CEX.IO

Naik taraf yang dirancang untuk Ethereum akan membawa kepada imbangan keselamatan, desentralisasi dan penskalaan (scalability). Keseluruhan naik taraf itu adalah sangat kompleks, dan sebab itulah ia akan dijalankan secara berkala dalam beberapa fasa.

Seperti yang kita tahu, untuk sampai kepada naik taraf terakhir, iaitu Serenity, Ethereum akan melalui 4 fasa utama yang akan dipecahkan kepada sub-fasa. Fasa pertama Ethereum adalah Frontier, iaitu senibina Ethereum sewaktu pelancaran. Fasa kedua, iaitu Homestead telah dijalankan sepenuhnya pada tahun 2018.

Fasa ketiga, iaitu di mana kita berada kini adalah Metropolis. Dan di bawah fasa ini terdapat dua hard fork yang dalam perancangan, Byzantium dan Constantinople. Baru-baru ini, beberapa pembangun Ethereum telah menemui beberapa kerentanan dalam kod Constantinople, dan disebabkan itu ia telah ditangguhkan daripada jadual pelancarannya yang sepatutnya berlaku pada blok yang ke-7,080,000.

Kepentingan Hard Fork Constantinople

Setiap naik taraf atau hard fork adalah persediaan untuk pemindahan Ethereum kepada infrastruktur proof-of-stake (PoS) sepenuhnya dan Constantinople pada asalnya akan mengandungi model hibrid PoW/PoS.

Hard fork Constantinople mengandungi 5 EIP atau Ethereum Improvement Proposals. EIP adalah cadangan daripada komuniti Ethereum untuk penambah baikan kepada blockchain itu. Dan EIP yang berkaitan dengan hard fork Constantinople adalah:

  1. EIP 1014 —Membolehkan State Channels [Penskalaan]
  2. EIP 1052 — Mengurangkan jumlah kuasa pengkomputeran yang diperlukan untuk mengesahkan smart contract [Kelajuan dan Tenaga]
  3. EIP 145 — Mengurangkan kadar gas untuk menghantar transaksi [Tahap efisyen dan Kelancaran]
  4. EIP 1234 — Penyelarasan ganjaran blok untuk pelombong Ethereum, daripada 3 ETH kepada 2 ETH  [Perubahan protokol ekonomi]
  5. EIP 1283 —Mengurangkan kos transaksi  [Kos]

Pembangun Teras Ethereum telah menjalankan sesi mesyuarat dua hari selepas jadual asal naik taraf Constantinople untuk membincangkan langkah seterusnya. Dan mereka telah mencapai konsensus untuk menjalankan naik taraf pada blok ke-7,280,000 yang dijadualkan pada 27 Februari dan telahpun diaktifkan sepenuhnya.

Selain daripada hard fork Constantinople, satu platform testnet yang dipanggil Gorli juga telah dilancarkan dan bertujuan untuk dijadikan percubaan untuk penyelesaian sharding, yang dinamakan Prysm untuk Serenity. Testnet itu akan membolehkan pembangun menguji smart contract dan menjalankan naik taraf ke atas versi simulasi rangkaian utama blockchain itu.

Naik taraf Ethereum seterusnya

Baru-baru ini dalam mesyuarat terkini pembangun teras Ethereum, topik utama yang dibincangkan adalah hard fork Instanbul, iaitu naik taraf yang terakhir untuk masuk ke dalam fasa Serenity. Menurut sumber, naik taraf itu dijadualkan pada Oktober 2019.

Hard fork Instanbul akan menambahbaik EIP dalam hard fork Constantinople. Seterusnya, pembangun teras Ethereum akan fokus kepada implementasi Serenity dan algoritma perlombongan ProgPoW. Tujuan implementasi ProgPow, atau Progressive Proof-of-Work adalah untuk mengurangkan kelebihan pelombong ASIC dan memberi peluang kepada pelombong GPU.

Walaupun cadangan untuk implementasi ProgPoW sudah diterima secara konsensus, garisan masa untuknya masih belum ditetapkan oleh pembangun teras Ethereum dan itulah yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pembangun Ethereum seterusnya yang akan diadakan di Berlin pada bulan April nanti.

Dengan pengaktifan Constantinople yang dinanti-nantikan komuniti Ethereum, ramai yang mempunyai sentimen positif terhadap matawang kripto itu memandangkan naik taraf itu suatu penambahbaikan dari segi ekonomi.

Sewaktu penulisan, harga Ethereum didagangkan pada $139. Analisa menunjukkan bahawa terdapat trend menaik dalam harga ETH, dan spekulasi mengatakan sama ada ia disebabkan sambungan daripada kenaikan harga sewaktu hard fork yang baru berlaku ataupun peningkatan dalam pasaran matawang kripto secara menyeluruh.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.